UTAMA
SEMASA

Pertemuan SIGMA dengan HEWI semenanjung

Kuala Lumpur, - Menyedari kepentingan untuk bersatu di kalangan gerakan mahasiswi, pada 14 Mei 2011, Srikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) selaku sayap kiri GAMIS mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dan perbincangan meja bulat bersama dengan Ketua-Ketua HEWI PMI Kampus seluruh Semenanjung bertempat di Cheras semalam. 

Pertemuan ini melibatkan ketua-ketua dan wakil-wakil gerakan mahasiswi yang melibatkan hampir 40 orang perwakilan. Antaranya PMI UM,UIA, USM, UITM, Politeknik, MMU, MSU, USIM dan beberapa buah kampus lagi. Membincangkan secara serius kedudukan dan perancangan akan datang, menghasilkan bebera paresolusi tindakan yang akan dilaksanakan secara bersama.

Pengerusi SIGMA, Nazirah Abu Bakar berkata, pertemuan ini bukanlah sekadar memenuhi aktiviti tahunan SIGMA, tetapi ia lebih kepada mengukuhkan jaringan hubung anantara kampus dan menghasilkan beberapa tindakan susulan yang telah dipersetujui bersama. 

“Berdasarkan respon yang diterima, diperingkat SIGMA, kita dapat melihat potensi kebangkitan mahasiswi dan bersedia untuk memberikan kerjasama bagi membantu untuk memudahkan perancangan yang telah dipersetujui bersama. Mengikut perancangan, beberapa siri diskusi ilmiah dan aktiviti bersama masyarakat akan dibuat merangkumi zon utara, selatan, pantai timur, dan Lembah Kelang.” Ujarnya lagi.

Di samping itu, beberapa mesyuarat susulan akan dibuat selepas pertemuan tersebut. Dan antara program terdekat yang bakal di anjurkan SIGMA adalah program “Sinergi Kasih Ibu” bersempena dengan hariibu. Antara barisan panelis yang bakal beraksi adalah YB DrHalimah Ali, Puan Wardina Safiyyah dan Ustaz Rohidzir Rais. Forum tersebut bakal berlangsung di Dewan Masjid Teras Jernang di Bangi pada 19 Mei 2011, pada pukul 9 malam.

Posted by GAMIS on 7:24 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

2 comments for Pertemuan SIGMA dengan HEWI semenanjung

  1. Bila lagi akan bertemu dengan SIGMA Sabah?:)

  2. InsyaAllah, doakan rezeki kami murah untuk turun ke sana.

Leave comment

TERKINI



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS PROGRAM
DARI PIMPINAN
TAZKIRAH
POLITIK
PROJEK
RENCANA
SIGMA