"Hari Amarah Rakyat 2011" Tolak Politik Jijik
album 5:23 PTG
Kuala Lumpur, 6 Mei: Sekumpulan wakil NGO mengancam untuk mengadakan perhimpunan lebih besar sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan segera ke atas individu yang didakwa bertanggungjawab menyebarkan fitnah berhubung rakaman video seks.


Mereka melaungkan slogan ‘tolak fitnah’, selain dilihat turut mengoyakkan akhbar propaganda milik Umno, Utusan Malaysia. Program itu anjuran Saf Anti Fitnah (SAF) yang menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Teras, Sekratariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama’iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat.















