UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Forum Sinergi Kasih Ibu mendapat sambutan

BANGI- Hampir 300 orang menghadiri forum Sinergi Kasih Ibu anjuran SIGMA malam tadi dengan bertemakan detiap detik kasihmu begitu berharga”,Masyarakat Teras Jernang, mahasiswa daripada UKM, UIA, UM, UPM, KUIS, USIM, UTMKL,dan Kolej Polytech Bangi adalah antara yang hadir malam tadi. Lebih istimewa forum tersebut turut dihadiri YB Dr Shafie Abu Bakar yang merupakan adun kawasan Bangi.

Dimoderatorkan oleh Pengerusi Srikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA), Saudari Nazirah Abu Bakar, majlis bermula dengan barisan panelis yang cukup mantap, terdiri daripada YB Dr Halimah Ali, Puan Wardina Safiyyah dan Ustaz Rohidzir Rais.

Ketiga-tiga panelis mengupas mengenai peranan anak dan ibu serta realiti dan fenomena yang tejadi pada hari ini. Menurut Ustaz Rohidzir Rais yang merupakan pendakwah bebas dan penulis buku, “Kebijaksanaan si ibulah yang akan membentuk pembentukan sesebuah keluarga. Jadi ibu membawa mesej yang penting dalam mendepani sebarang masalah ataupun ujian yang berlaku.”

Sementara Yb Dr Halimah Ali memberi perkongsian mengenai rahsia beliau mendidik anak-anak beliau sehingga 4 daripada 6 orang terlibat secara langsung dalam bidang perubatan dan selaku exco kerajaan negeri beliau memberitahu mengenai hak dan keistimewaan yang diperolehi masyarakat Selangor. Manakala Puan Wardina pula menekankan kepada hadirin mengenai kepentingan berkomunikasi secara baik dengan anak-anak. Mengambil iktibar daripada surah Luqman, beliau memberitahu bahawa al Quran telah menceritakan kepada ummat bagaimana kaedah yang sebenar dalam berkomunikasi dengan anak-anak.

Forum yang berlangsung hampir 2 jam itu bertempat di masjid Solihin Teras Jernang. Menurut Nazirah, “Alhamdulillah, SIGMA mendapat kerjasama yang cukup baik daripada jawatankuasa masjid. Pegawai kerja masjid tersebut, Ustaz Amirul telah banyak membantu kami dalam melancarkan perjalanan program. Terima kasih kepada seluruh masyarakat Bangi yang hadir sekalipun hujan turut dalam keadaan lebat. Semoga bumi Bangi terus dilimpahi dengan keberkatan majlis ilmu. Terima kasih juga kepada PTS Publication yang berbesar hati menjadi penyumbang utama program ini.”

Posted by GAMIS on 11:01 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Forum Sinergi Kasih Ibu mendapat sambutan

Leave comment

TERKINI



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS PROGRAM
DARI PIMPINAN
TAZKIRAH
POLITIK
PROJEK
RENCANA
SIGMA