GAMIS, Isabella & mentari hidayah
Rencana, terkini 4:23 PTG
Bermula dengan sambutan senyuman penuh mekar oleh susuk tubuh sasa Bob Lokman yang kini menyelusuri sepenuh saat kehidupan sebagai pendakwah, kami lantas menjamah santapan yang telah tersedia. Ruangan santai dalam kekayangan diisi penuh makna dengan pengisian dan perkongsian daripada Abang Bob serta sahabat-sahabat aktivis dakwah lain yang turut hadir mencurah Ilmu dan pengalaman.

GAMIS meneliti dan menghayati sepenuhnya onak-onak duri kehidupan serta kemanisan madu yang ditempuhi oleh abang Bob dengan melihat, ianya perlu diteladani oleh masyarakat pada hari ini khusunya generasi muda. Kesedaran dan pemecahan tembok menuju sinar hidayah yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada abang Bob harus dihayati.
Penulis lirik lagu “Isabela” nyanyian Search & “Rashidah utama” nyanyian wings ini kerap mengulangi kesedaran yang timbul ini adalah daripada lubuk hatinya yang menginginkan anak-anaknya menjadi insan bertakwa sebelum helaan terakhir nafasnya. Kematian rakan karib yang telah bersamanya dalam suka duka selama 18 tahun juga sangat memahat kesan pada dirinya.
Mahasiswa serta golongan muda juga usah keliru dalam mencari identi diri, kerana Rasulullah itu sendiri diturunkan untuk dijadikan contoh tauladan terbaik sebagaimana firman Allah,”sesungguhnya pada diri Rasulullah itu Contoh Teladan yang terbaik”.