KERAJAAN MAHASISWA & PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Dari Pimpinan, terkini 9:23 PTG
Kehangatan pilihanraya kampus PRK yang baru sahaja berlalu minggu lepas masih lagi terasa. Dengan Izin Allah SWT, kumpulan Gerakan Mahasiswa melalui Pro-Mahasiswa telah berjaya memenangi beberapa kampus utama dalam Negara. Seluruh negara khususnya mereka yg cakna terhadap corak perubahan mahasiswa ,amat merasai arus revolusi ini.Secara lansung juga ia telah membuka mata beberapa pihak yg sangat “tidak selesa” dengan kebangkitan mahasiswa ini.
Mengimbau kembali Sirah Rasulullah SAW ketika berlakunya peristiwa pembukaan Kota Mekah pada 10 Ramadhan tahun ke 8 selepas Hijrah Rasulullah & para sahabat ke Madinah. Pada ketika itu menyaksikan kejayaan tentera Islam pimpinan Rasulullah SAW dengan kekuatan tentera seramai 10,000 ribu orang. Kaum musyrikin di Mekah yg pada asalnya memilih untuk berperang walaupun Rasulullah SAW telah menawarkan 3 pilihan, akhirnya tunduk , lemah semangat serta kagum dengan keindahan Islam melalui ucapan Rasulullah SAW “Sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufian dia akan selamat, sesiapa yang masuk Masjidil Haram juga akan selamat, sesiapa yang memasuki rumahnya sendiri juga akan selamat”. Diwaktu kemenangan besar tentera Islam pada ketika itulah, maka berbondong-bondong orang ramai memeluk agama Islam.
Sebagaimana firman Allah SWT melalui Surah An - Nasr ayat ke 1 - 3 : “ apabila telah datang pertolongan Allah & kemenangan , dan engkau melihat manusia berbondong- bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu & mohonlah keampunan kepadaNya. Sungguh , Dia maha penerima taubat”.
Oleh itu,bertepatan dengan Sirah Rasulullah SAW ini, kami di pihak GAMIS menganjurkan serta mengajak seluruh mahasiswa Islam khusunya para penggerak kemenangn ini, untuk kita sama-sama menjadikan ianya sebagai titik tolak untuk kita juga mengorak seribu langkah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT, Raja segala Kerajaan.
Proses mengisi kemenagan selepas ini juga, pastinya tidak lari daripada apa yg telah digariskan oleh Islam melalui Al-quran, Hadis & juga kisah-kisah Sirah Rasulullah SAW. Inilah cerminan kepimpinan Islam dalam konteks mahasiwa. Jika buruk coraknya,dibimbangi menjadi fitnah pada Gerakan Mahasiswa Islam itu sendiri seterusnya pada agama Islam secara amnya. Moga Allah pelihara serta perkukuhkan kemenangan ini dalam menempuh cabaran & ujian yang lebih hebat menanti di hadapan.
Akram Ikrami Bin Taib Azamudden
Setiausaha Agung
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Posted by GAMIS
on 9:23 PTG.
Filed under
Dari Pimpinan,
terkini
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0