GAMIS mohon tarik balik kenyataan politik murahan


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) berpendirian tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional(BN) mahupun Pakatan Rakyat(PR). GAMIS kesal dengan beberapa pihak yang cuba kaitkan golongan mahasiswa dengan parti politik demi kepentingan politik mereka.

Menurut Ketua Penerangan GAMIS, Mohd Yusof Hadhari, pihaknya berasa kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh yang mengkaitkan Pro Mahasiswa dengan Pakatan Rakyat(PR). Dalam satu kenyataannya melalui laman twitter beliau berkata, kemenangan itu adalah petanda baik untuk Pakatan. “

“Mahasiswa berperanan sebagai ‘check and balance’ yang akan menentukan sokongan kepada kerajaan yang diperintah BN ataupun PR bukan kerana agenda politik mereka tetapi menilai sejauh mana keadilan, kesaksamaan dan ketelusan yang dibawa oleh sesebuah parti dalam negara.”

Beliau menegaskan " mahasiswa adalah golongan bersifat bebas dan tidak perlu melabelkan mahasiswa pro kerajaan atau pro pembangkang.

Kenyataan Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh juga di muatkan di dalam harakahdaily bertajuk “Menang di kampus petanda baik projek kuburkan BN” yang mana Pro Mahasiswa dikaitkan dengan sokongan kepada pembangkang manakala Pro Aspiras lebih cenderung kepada parti pemerintah kerajaan pusat.

Posted by GAMIS on 6:35 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for GAMIS mohon tarik balik kenyataan politik murahan

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket