GAMIS dakwa PTPTN, JPA lewat salur wang


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendakwa wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa Jabatan Perkhidmat Awam (JPA) terlalu lewat disalurkan kepada pelajar pada sesi kali ini.

Pengerusi majlis ekonominya, Abdul Rauf Othman berkata kelewatan itu memberi kesan yang buruk kepada pelajar kerana terpaksa berhutang dengan pihak universiti.

Manakala pihak universiti pula, katanya, menuntut mahasiswa untuk menjelaskan hutang sebelum dibenarkan membuat pendaftaran subjek.

"Apa yang jelas, mahasiswa tidak mampu untuk membayar yuran tersebut tanpa bantuan pinjaman daripada PTPTN dan JPA, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di kampus besar di sekitar Lembah Kelang yang kos hidupnya begitu tinggi.

"Keadaan ini seterusnya akan memangsakan mahasiswa kerana terpaksa bersusah payah mencari inisiatif lain bagi menanggung kos pengajian dan sara hidup di IPT," kata Abdul Rauf dalam satu kenyataan.

Keadaan itu juga, katanya, boleh melumpuhkan semangat dan perjuangan mahasiswa yang sentiasa dicanangkan sebagai pelapis masa depan negara.

"Melewatkan bayaran pinjaman PTPTN dan JPA nyata memberikan kesan, bukan setakat kepada aktiviti akademik mahasiswa di kampus, bahkan turut menjejaskan aktiviti mereka apabila berada di lapangan ummah," katanya.

Menurutnya lagi, bantuan biasiswa JPA secara keseluruhannya akan diberikan pada pertengahan bulan Februari manakala bantuan pinjaman PTPTN pula akan disalurkan kepada mahasiswa secara berperingkat.

Abdul Rauf mendakwa, antara alasan kelewatan itu berpunca daripada peruntukan wang tahun 2011 untuk pembayaran biasiswa pelajar IPT di dalam dan luar negara masih belum diterima oleh pihak JPA.

Manakala kelewatan kemasukan pinjaman PTPTN pula, dakwanya, adalah disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak dijangka berlaku pada data pengesahan status pelajar.

Posted by GAMIS on 9:28 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

1 comments for GAMIS dakwa PTPTN, JPA lewat salur wang

  1. Salam,
    Untuk pengetahuan pihak GAMIS, bukan saja pelajar di UM yang mengalami masalah kelewatan bayaran duit pinjaman oleh PTPTN tp ianya berlaku di UiTM terlebih dahulu dimana ini adalah silap pengesahan status pelajar oleh pihak Bendahari UiTM kepada PTPTN dan menyebabkan seramai 250+ pelajar yang terpaksa memohon bantuan dari keluarga.

    Bagaimana sebuah IPTA yang telah memberikan perkhidmatan pendidikan kepada anak bangsa dan dikatakan mempunyai persijilan ISO boleh melakukan kesilapan begitu. itu dipihak UiTM

    Sementara di pihak PTPTN pula, untuk membuat pembetulan yang mereka panggil sebagai 'reversal data' mengambil masa 2 bulan iaitu dari Jan - Feb 2011.

    Sistem pak pandir apakah yang digunapakai oleh tabung pendidikan kerajaan ini yang berlaku sedikit kesilapan pd pengkalan data akan mengambilmasa berbulan untuk diperbetulkan.


    Bagaimana sekiranya ibubapa tidak mempunyai wang simpanan untuk membantu anak-anak mereka di IPTA? Terpaksa membuat hutang dengan sesiapa saja untuk meringankan beban.

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket