Ambil Berat Terhadap Dokumen Kuliah
isu semasa, terkini 11:22 PG
KAHERAH, 4 Feb – Proses pemindahan keluar mahasiswa-mahasiswi Malaysia dari bumi Mesir setakat ini berjalan dengan lancar. Ekoran daripada itu, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memandang dengan serius sebarang kemungkinan yang akan berlaku berkaitan permasalahan perkuliahan dan pengajian sekembalinya pelajar ke Mesir kelak.
“Justeru, dalam keadaan kelam-kabut ini PMRAM mengingatkan kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi supaya sentiasa peka dan mengambil berat terhadap sebarang dokumen yang berkaitan perkuliahan. Pastikan kad pelajar, sijil-sijil, dan resit-resit rasmi kuliah dijaga dengan elok dan sebaik-baiknya dibawa bersama ketika proses pemindahan “. Tegas Saudara Abdul Aziz bin Ali, selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2010.
“Dalam keadaan sekarang ini,besar kemungkinan mahasiswa-mahasiswi kita kurang cakna terhadap perkara tersebut berikut kekalutan yang berlaku. Namun demikian, PMRAM sangat mengharapkan agar mahasiswa-mahasiswi kita tidak terlepas pandang akan perkara tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang akan berlaku sewaktu berurusan di kuliah kelak“. Ujar beliau lagi.
Pihak PMRAM akan cuba sedaya upaya menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan pendidikan dan perkuliahan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi dan facebook PMRAM.

Posted by GAMIS
on 11:22 PG.
Filed under
isu semasa,
terkini
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0