UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Demo 4+1 : Tiga Mahasiswa Dibebaskan Setelah Ditahan 4 Jam

Dis 10, Putrajaya : Tiga mahasiswa yang ditahan polis selepas berjaya menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga barang kepada wakil Perdana Menteri, Encik Moin telah dibebaskan jam 6.15 petang ini dengan jaminan mulut sehingga 23 Disember sekiranya ada perbicaraan.

Mereka yang ditahan selama hampir 4 jam itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, Pengerusi Majlis Politik Nasional (GAMIS), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Mereka diwakili oleh dua peguam iaitu Puspawati Rosman dan juga Haijan Omar (gambar kiri).

Puspawati menyatakan, semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis setelah disoal-siasat hampir empat jam.

“Mereka diminta melaporkan diri semula ke IPD Putrajaya pada 23 Disember ini,” katanya.

Puspawati berkata setakat ini belum ada dakwaan khusus dikenakan ke atas ketiga-tiga anak guamannya.

Selain Puspawati, ketiga-tiga mahasiswa itu juga diwakili oleh seorang lagi peguam mereka, Haijan Omar.

Mereka ditahan polis selepas dihalang berkumpul di luar Masjid Putrajaya selepas selesai menyerahkan memorandum kepada wakil JPM, Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

(Klik sini)

student protest arrestPada awal lagi polis menghalang mereka daripada mengadakan perhimpunan dan melaungkan sebarang slogan.

Sebaliknya hanya membenarkan lima daripada kira-kira 100 yang hadir berpakaian hitam untuk masuk menyerahkan memorandum.

Dalam perjalanan ke JPM, mereka sempat melaungkan slogan ‘Student Power’ dan Shukri menyatakan rasa kesal kerana pihak polis enggan membenarkan mereka menyamnpaikan maklumat kepada rakyat menggunakan pembesar suara.

Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Hassan ditemani Pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM), Shazni Munir dan Setiausaha SMM, Ridzuan masuk menyerahkan memorandum.

Sementara menunggu Abdul Moin, Syazwan sempat bercakap kepada media mengenai memorandum tersebut.

Ianya mengandungi empat tuntutan antaranya mahu gaji Menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurangkan kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Gamis juga mahu subsidi barangan yang telah dipotong dikembalikan semulaserta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Mereka juga mahu Menteri yang memberikan jaminan bahawa tiadanya kenaikan harga minyak tahun ini bertangggungjawab di atas jaminan yang dibuat itu selain mengkaji semula dasar berkaitan tenaga untuk menghasilkan satu dasar yang bersepadu memandangkan bahan bakar dan tenaga saling bergantung.

Dalam pertemuan kira-kira lima minit itu, Abdul Moin berkata beliau akan memanjangkan memorandum itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selepas selesai penyerahan itu, mereka meminta kebenaran untuk berkumpul namun tidak dibenarkan pihak polis termasuk polis berpakaian preman (SB).

Difahamkan, Ridzuan ditahan ketika beliau meminta kebenaran untuk berucap diikuti Shukri yang cuba menghalang polis daripada menahan Ridzuan.

Mereka terus dibawa ke trak polis sebelum polis mengarahkan yang lain bersurai dengan segera.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya manakala Mohd Shahruldeen pula ditahan secara tiba-tiba sejurus kemudian di hadapan IPD Putrajaya semasa menunggu di sana. – UMtoday.

Posted by GAMIS on 2:21 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

4 comments for Demo 4+1 : Tiga Mahasiswa Dibebaskan Setelah Ditahan 4 Jam

  1. semoga keMENANGan sntiasa di pihak ISLAM..amin
    tahniah GAMIS.. (^_^)

  2. tahniah GAMIS..smoga Allah mmbrikn kekuatan ke dlm dri shbt2 utk trs thabat dlm prjuanagn..

  3. saya sebagai hamba yang hina dan juga pembaca blog awak, nak mintak belas ihsan supaya awak dapat promosikan blog ni www.pondoktahfiz.blogspot.com atau wwww.pondokpadangbongor.tripod.com.
    tujuan saya supaya pengikut blog awak boleh dermakan wang ataupun apa-apa buku rujukan spm, stpm dan pmr untuk adik-adik kita yang akan masuk tahfiz tu supaya dorang dapat blaja. kerjasama awak amat saya hargai.

  4. saya sebagai hamba yang hina dan juga pembaca blog awak, nak mintak belas ihsan supaya awak dapat promosikan blog ni www.pondoktahfiz.blogspot.com atau wwww.pondokpadangbongor.tripod.com.
    tujuan saya supaya pengikut blog awak boleh dermakan wang ataupun apa-apa buku rujukan spm, stpm dan pmr untuk adik-adik kita yang akan masuk tahfiz tu supaya dorang dapat blaja. kerjasama awak amat saya hargai.

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya