MAHASISWA DI HATI MASYARAKAT
Kebajikan, PROGRAM, terkini 8:22 PG
Alor Setar, 14 NOV : Seramai 150 orang mahasiswa kalangan siswa & siswi dari universiti seluruh negara telah berkampung selama 2 hari bermula 13 & 14 november 2010 di kedah Darul aman bagi membantu mangsa- mangsa banjir. Jentera bantuan banjir mahasiswa itu telah dijalankan dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA), dan Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah.
GAMIS dengan Diketuai oleh Saudara Mohd Nazri bin Mohd Tahir selaku Naib Presiden 2 (Perpaduan & Kemasyarakatan) telah meluangkan masa turun bersama dengan mayarakat sekitar khususnya mangsa - mangsa banjir. Turut serta dalam jentera Bantuan Banjir Mahasiswa itu ialah Saudara Akram Ikrami Bin Taib Azamudden (setiausaha Agung GAMIS) & Saudara Ahmad Norfazareez Bin Mohd Fauzi (Exco Majlis Tarbiyah Kepimpinan Nasional GAMIS). PERSADA juga diwakili oleh saudara Mohd Shukri Said.
Kedah dipilih sebagi destinasi untuk dibantu memandangkan situasi serta mangsa - mangsa banjir di Kedah lebih teruk berbanding negeri jiran yang turut mengalami banjir iaitu Perlis. Jentera Mahasiswa telah menjalankan aktiviti - aktiviti bantuan dengan membersih serta mencuci hampir 10 buah rumah sekitar kawasan Kubang Rotan & Anak Bukit. antara lain, kami juga sempat membantu mengagihkan barang - barang bantuan makanan ke pusat- pusat pengumpulan barang bantuan yang datang dari seluruh negara. operasi memindahkan serta memunggah barang -barang yang rosak di sekitar kawasan tersebut juga berjaya dijalankan. Dengan penyediaan peralatan -peralatan mencuci yang disediakan oleh Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah telah melancarkan lagi operasi tersebut.
kami juga sempat beramah mesra serta berbual dengan penduduk kampung tersebut bagi menjadi tempat curahan perasaan mereka. sempat juga kami bertemu & mencuci rumah seorang penduduk yang tinggal sehelai sepinggang di kampung Sungai Baru. Perusahan Membaik pulih mesin basuh yang telah diusahakn selam lebih 20 tahun itu musnah ditalan banjir beserta barangan- barangan keperluan yang lain. Isterinya juga menitiskan air mata sambil mengucapkan terima kasih kerana terharu dengan kehadiran kami membantu mereka.
"kami amat berbesar hati diberikan peluang membantu masyarakat yang diuji dengan banjir besar pada tahun ini. kami juga simpati dengan nasib yang menimpa penduduk kampung ini. kami juga mengajak seluruh masyarakat supaya menjadikan ujian ini sebagai salah satu cara untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan memanjatkan Doa serta harapan yang penuh kepada Allah. setiap kesabaran itu, pasti tidak disia-siakan" kata Mohd Nazri.
"kita berharap dengan keterlibatan mahasiswa menghulurkan tangan membantu mangsa banjir ini, bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga diharapkan dapat menyeru serta membuka mata mahasiswa bahawa masyarakat diluar sana sangat -sangat memerlukan khidmat bakti daripada golongan mahasiswa. Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab mahasiswa dengan turun ke medan masyarakat , bukan hanya semata - mata berada di dalam kelas.." kata Akram Ikrami.
"Di peringkat mahasiswa, kami bersedia untuk menggerakkan tulang empat kerat ini demi meletakkan mahasiswa di hati masyarakat, kerana kami yakin dan sedar bahawa, hujung pangkalnya nanti, kami akan kembali kepada lapangan masyarakat setelah menempuh medan latihan di kampus." kata Mohd Shukri Said.

Elok masukan gambar2