AL- Fatihah Buat Sahabat UNITEN

Seusai maghrib kembara dari negeri di Selatan Tanah Air ke Kuantan melalui Kota Tinggi - Mersing -Endau -Rompin - Pekan - Kuantan.

Petang tadi saya sudah menelefon namun tidak diangkat.Esok mungkin boleh berjumpa di Seminar Ukhuwwah Fillah anjuran Insaff Training Management and Consultancy.

secepatnya......InsyaALLAH,esok boleh saja jumpa di rumah waktu pagi-pagi.Sarapan depan surau putih,tempat saya,Hisam,al Hafiz,Rashdan berjumpa jika kami pulang ke Kuantan.

Kami pernah tuisyen bersama sewaktu sekolah menengah didikan Cikgu Abdul Razak.Mudah tersenyum dan mempunyai. raut wajah yang menenangkan.Sahabatku yang telah dilahirkan 25 tahun lalu,kini telah berpindah dari alam fana ke alam baqa’.



Teringat sewaktu pertama kali ,

Abdul Azim – Rauf –Allahyarham Ismail-Firdaus-Fairul kami pernah memasang impian untuk membuka syarikat bersama,8 tahun dahulu sewaktu berumur 17 tahun.Sentiasa bersama ke tempat tuisyen ayah kepada Abdul Azim iaitu Cikgu Razak.Kadang-kadang kami duduk-duduk dan menitip kata-kata tazkirah seusai kembali dari masjid.Gerai sekitar Cenderawasih menjadi wacana kami bersama.Biasa-biasa disana.

Allahyarham Ismail bersekolah di SMA Ehsan,Tanjung Lumpur kemudian ke Kuliah di Pekan,Pahang.Bersama di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan dan menyambung peringkat ijazah di UNITEN.

Tiap kali ke masjid pasti membawa kereta ayahnya dan tidak lupa membawa adik lelakinya bersama.Abang dan adik.Begitu akrab.



Allahyarham juga begitu baik dengan keluarga kami.Tidak lokek untuk memberikan pertolongan,pernah suatu ketika ada program kepimpinan siswa di Masjid Shah Alam,seusai subuh kami sudah berada di sana dari Kuantan.Berpakaian ala-ala Raihan.

Allahyarham.Sedikitpun tidak mengeluh walau allahyarham memandu semalaman.Pernah juga program latihan pengukuhan jati diri Islami di Temerloh,sedkitpun allahyarham tidak meminta kembali wang ‘top up ‘setelah berhabis wang untuk kelancaran program bagi menjemput para ustaz dan ustazah agar hadir memberikan pengisian program dan wacana .Bukan sedikit jasa Allahyarham untuk mendidik anak bangsa menjadi warga bertaqwa.

Juga seorang ustaz di Pusat Tahfiz Al-Hafizin,LKNP.Allahyarham begitu merendah diri.Acapkali menumpang kereta beliau , setiap tutur kata pastinya ada terselit tazkirah bermakna.

7 jam yang lalu,menerima panggilan dari ibu dan bapa saya.

04 -11-2010 sebelum pukul 1130 malam

Allahyarham sudah kembali ke rahmatullah.



Terkesima.Kaget.Kehilangan sahabat yang cukup baik dan soleh.Memori bersama,semuanya perkara hasanah yang Allahyarham lakukan.Di atas usaha bersungguh,rakan masjid ketika kami di alam kampus itu mencapai zaman kegemilangannya.

Sewaktu menerima berita jemputan ALLAH itu,selang 45 minit nanti,saya akan melalui tempat kemalangan iaitu di jalan Pekan-Kuantan.

Telefon tidak henti berdering sedang hati tidak percaya akan berita yang menerjah telinga.

Sahabat dan sahabiah semuanya bersoal dan meminta pengesahan.

‘YA..sahabat yang kita amat sayang sudah kembali mengadap ALLAH SWT’

ALLAHURABBI,

ALLAH amat menyayangi allahyarham.

05-11-2010 jam 12:15 pagi

Saya memperlahankan kenderaan,kelibat pihak berkuasa dan tren sedang bersiap mengangkat bas ke bahu jalan dan sepenuh manusia di tempat kejadian.

Terlihat bas terbalik dan masuk ke dalam sungai,setelah melanggar benteng.Itu adalah ketentuan Qada’ Qadar ALLAH SWT.Perancangan ALLAH pasti menghujankan hikmah.

Jenazah telah dibawa ke Hospital Pekan dan dihantar pulang ke Cenderawasih.

Setibanya saya di rumah, jam 1:00 pagi tadi ,saya dan ayah terus bergegas ke rumah allahyarham berhampiran sekolah sana.

Seusai tahlil , bersalaman bersama keluarga allahyarham.Detik bersama,pantas memutar.

Hajat untuk bersama dan berjumpa,berpeluk erat kerinduan seorang sahabat.

Jenazah akan dikebumikan sebelum solat Jumaat jam 10:00 pagi hari ini di tanah perkuburan Islam di Bukit Ubi.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan para solihin.

Serangkai nasihat Al-Fadhil Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man :

“Mati itu tidak syarat sakit,tidak syarat sihat,tidak syarat muda,tidak syarat tua”

Syaratnya AJAL.


Seterusnya, untuk sesiapa mengenali atau tidak mengenali allahyarham akhi Ismail Naqiudin Hamdan. Marilah kita sama-sama,Sedekahkan Al-Fatihah dengan membaca al-Fatihah, agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. Ameen.

sumber: http://abangmodul.blogspot.com/2010/11/jemputan-dari-allah-al-fatihah-buat.html

Posted by GAMIS on 3:36 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

3 comments for AL- Fatihah Buat Sahabat UNITEN

  1. semoga rohnya ditempatkan bersama dgn yg beriman...nyata, kita semua akan menjejakinya jua....namun, bagaimanakah pengakhiran kita?

  2. alfatihah..moga roh nya dtmptkn dlm klangan org2 yg soleh..amin

  3. dari Allah kita datang kepada Dia kita kembali..al-fatihah..

    satu lagi kehilangan pejuang muda Islam..selepas pemergian arwah Fadhiri dari UPSI pada Januari lepas..semoga arwah ditempatkan di kalangan para solehin, insya-Allah

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket