Gamis Kecam Pertunjukan Fesyen Naungan Rosmah Hina Islam

gamis2010KUALA LUMPUR 22 Okt - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo baru-baru ini yang jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW.

Menurut Gamis pastinya pemikiran sempit ini semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri.

Gamis mempersoalkan di mana perginya badan agama dan NGO Islam yang sebelum ini lantang dalam Forum Perdana menghuraikan kewajipan berpakaian seperti termaktub di dalam Surah An-Nur ayat 31.

Kata pertubuhan itu dalam kenyataan medianya semalam, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat adalah suatu penghinaan yang amat jijik dilemparkan kepada Islam.

"Gamis mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensetif akan isu ini. Dulu umat Islam sangat sensitif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark. Kita juga tidak terlepas menyertai perarakkan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya," tegas Gamis dalam satu kenyataan medianya semalam.

Sehubungan itu Gamis memuji tindakan pertubuhan tertentu yang akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo.

"Gamis menyambut baik usaha yang di lakukan ini dalam menyatakan cinta dan kasih kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW dan juga kemuliaan Islam itu sendiri. Rakyat perlu sedar dan perlu membuka mata, penghinaan sebegini rupa terhadap Islam perlu kita minta dipertanggugjawabkan.

Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, berkata badan itu meminta anak muda dan Gamis negeri supaya turut sama turun menyatakan bantahan terhadap kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya dan juga bersama menyedarkan masyarakat akan kepentingan kembali kepada Islam yang sebenar.

“Majlis Politik Nasional Gamis bersetuju terhadap bantahan yang di buat oleh masyarakat atas dasar ingin menuntut penjelasan dan penjernihan semula dari Rosmah,” ujar Mohd Yusof.


Sumber : suara keadilan
harakahdaily


Posted by GAMIS on 10:16 PG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

2 comments for Gamis Kecam Pertunjukan Fesyen Naungan Rosmah Hina Islam

  1. insyaallah esok akan di adakan demontrasi secara di maahad muhammadi lelaki, kota bharu..

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket