Presiden : Politik mahasiswa lebih dari politik kepartian
Dari Pimpinan 11:53 PTGoleh : Mohd Idris bin Yusoff
Saya ibaratkan umpama seorang anak yang ingin pergi ke kelas tuisyen tetapi dihalang oleh ayahnya atas alasan keselamatan. Begitu saya fikir analogi kepada gesaan mahasiswa untuk terlibat dalam politik kepartian baru-baru ini.
Semua saluran telah digunakan untuk menyampaikan hasrat dan pandangan mahasiswa mengenai itu. Sehinggakan satu institusi mahasiswa (MPPK) yang diiktiraf kerajaan Malaysia sendiri, sebagai pembawa hasrat mahasiswa keseluruhan negara juga dinafikan suaranya.
Ketika saya menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dahulu, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merupakan medium di mana keseluruhan pimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa kampus berkumpul dan berbincang isu dan masalah serta menghasilkan resolusi untuk dibawa kepada peringkat kerajaan.
Manakala baru-baru ini, MPPK telah sebulat suara, walaupun dalam kaedah pengundian (kaedah demokrasi yang dilaksanakan kesemua parti di Malaysia) untuk mahasiswa terlibat sebagai ahli parti politik.
Hak mahasiswa sebagai warganegara
Bagi saya, tuntutan mahasiswa untuk terlibat sebagai ahli dalam sesebuah parti politik, tidak lebih hanya untuk menunaikan hak mereka sebagai salah seorang warganegara Malaysia. Perlembagaan secara rasmi dan umumnya mengetahui, membenarkan mana-mana warganegara yang berumur 21 tahun ke atas untuk mengundi mana-mana parti politik di dalam pilihan raya.
Dan ia tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana mahasiswa andainya mereka mahu menuntut hak tersebut. Sepertinya mahasiswa menuntut agar diberi kebebasan bersuara, akademik, dibuka ruang autonomi universiti, PTPTN dan sebagainya.
Dalam hal ini, saya melihat kerajaan menghadapi krisis kepercayaan (conflict of interest) kepada mahasiswa dan melihat mahasiswa tidak lebih daripada seorang pelajar sekolah yang perlu mendengar kata-kata guru dispilin atau pengetua.
Manakala takrifan ‘anak muda’ dan mahasiswa juga gagal difahami oleh kerajaan berkenaan apa sebanarnya peranan dan tanggungjawab institusi tersebut.
Belajar dari sejarah
Oleh hal yang demikian, kerajaan (melainkan Dato’ Saifuddin Abdullah) saya fikir perlu belajar daripada sejarah. Saya mencadangkan agar mana-mana wakil menteri daripada kerajaan mendengar syarahan daripada Fahmi Reza berkenaan kajiannya mengenai gerakan mahasiswa awal 60-an, bagaimana sikap, pendirian, gerakan dan kehebatan mahasiswa ketika itu.
Seingat saya, ketika itu mahasiswa terlibat secara langsung di dalam pilihan raya. Mereka berkempen dan mengemukakan ‘manifesto mahasiswa’ untuk diperjuangkan kepada rakyat. Mereka bukan berkempen untuk parti-parti politik tertentu, bahkan mereka mengajak rakyat supaya mengundi mana-mana parti politik yang bersedia melaksanakan dan memperjuangkan manifesto mereka.
Hari ini, saya tidak bersetuju dengan pandangan beberapa Timbalan Naib Canselor (TNC) mahupun Naib Canselor (NC) yang suka melabelkan mahasiswa sebagai pro-pembangkang dan pro-kerajaan. Bagi saya mereka ini tidak belajar dari sejarah atau lebih senang buta sejarah.
Dalam satu isu, sebagai contoh Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) lebih banyak dilihat mendekati ahli Parlimen daripada pembangkang (hari ini disebut Pakatan Rakyat) untuk memperjuangkan isu tersebut. Pengalaman terlibat dengan gerakan ini, mereka bukan sahaja bertemu ahli Parlimen pembangkang, bahkan mereka juga bertemu dengan ahli Parlimen kerajaan. Tetapi masalahnya, apabila diminta pihak kerajaan menyuarakan di dalam parlimen, mereka tidak mahu!
Di Universiti Malaya, pernah rakan-rakan saya menjemput wakil kerajaan untuk satu forum berpentas dengan wakil pembangkang berkenaan dengan isu mahasiswa yang agak sensitif, namun ditolak mentah-mentah atas alasan tidak mahu membincangkan isu sensitif kepada mahasiswa.
Politik mahasiswa
Justeru itu, bagi saya politik mahasiswa lebih daripada politik kepartian. Politik mereka adalah politik nilai dan bukan politik kuasa. Apakah mahasiswa dapat jawatan di mana-mana kementerian apabila mereka memperjuangkan isu AUKU, PTPTN dan sebagainya?
Kerajaan sewajarnya tidak perlu bimbang dengan suara-suara mahasiswa. Bahkan sekiranya dilihat daripada sudut positif, kelompok mahasiswa boleh menjadi check and balance kepada kerajaan mahupun parti pembangkang, kerana mereka tidak mewakili mana-mana kelompok kepartian, namun dengan tidak menafikan hak mereka.
Saya juga pernah terfikir, mengapa tidak kerajaan juga memberikan jawatan Senator kepada mahasiswa selaku mewakili idea dan pandangan kelompok mereka. Saya rasa, selepas ini mahasiswa perlu membuat satu lagi tuntutan kepada kerajaan agar diberi satu jawatan Senator di dalam Dewan Negara untuk menyampaikan pandangan setelah menafikan banyak institusi-institusi mahasiswa yang diiktiraf oleh mereka sendiri.
Penulis adalah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Posted by GAMIS
on 11:53 PTG.
Filed under
Dari Pimpinan
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0
mahasiswa adlh pelapis pmmpn negara,apkh kbaikn yg ngare dpt dgn sntiase mnyekat prkmbgn mhsiswa ini??
sepatutnya..
ctusn pmkrn dan gerakn mhsswa ini prlu dimnfaatkn spnuhnya oleh negara.,
TAKUT biasanya kerana SALAH..
BERANI biasanya kerana BENAR..
tiada ada apa yg prlu dtktkn dgn mhasiswa skiranya kita berada pd lndsn yg btl..
sekadar renungan bersama.. (^_^)
ntah bila peluang tu kita akan dapat.. tak pasti la..
saya setuju dengan pendapat penulis..
-mahasiswa berpolitik untuk nilai bukan kuasa..
-tak da mahasiswa yang berpolitik dapat jawatan dalam kementerian.. tu jadi jawapan rasional kepada penyataan pertama tadi..
tapi ada sesetengah mahasiswa(di sesetengah institusi)..
macam dah kena `ikat `je ..hu3...
angguk2.. geleng2..