Pasca Ramadhan : IPG KDRI terus program imarah


Kuala Terengganu, 27 Sept 2010 - Tamat bulan Ramadhan bukanlah bermaksud berakhir program imarah dan ibadah, bahkan sebagai hari-hari praktikal terhadap tarbiyah sebulan tersebut.

Demikian boleh dianalogikan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu yang terus rancak mengadakan program imarahnya.

Tinjauan mygamis.blogspot mendapati Biro Agama, Kerohanian dan Moral IPG tersebut telah menganjurkan aktiviti Majlis Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al-Quran atau disebut (MUTTHAQ 2010).

Program tersebut mengenengahkan aktiviti seumpama pertandingan tafsir Al-Quran, tilawah Al-Quran serta pertandingan nasyid.

Program tahunan itu dilaporkan oleh Yang Di-Pertuanya, Muhammad Hazwan Hamidan, telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan para guru pelatih serta warga kampus IPG.

Program seumpama itu memperlihatkan bahawa sambutan ibadah bukan sekadar di bulan Ramadhan sahaja, malah perlu diperbanyakkan lagi pada sebelas bulan berikutnya.

sumber : BADAM IPG KDRI

Posted by GAMIS on 9:04 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

1 comments for Pasca Ramadhan : IPG KDRI terus program imarah

  1. terima kasih buat pihak GAMIS yg sudi melaporkan Majlis Ujian Tafsir,Tilawah,Hafazan AQ dan Pertandindan Nasyid di IPG kami serta terus menyokong usaha kami yg amt kecil ini..doakan agar usaha kecil kami ini sntiasa diberkati ALLAH..amin

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket