KOLUMNIS : 'Ganyang Malaysia', usah terpedaya konsep negara bangsa

oleh : Azizan Anwar Bin Abdul Hamid*

Hendaklah kita beringat, sejak kejatuhan Kerajaan Ummah di Uthmaniyah 8 darsawarsa yang lalu menyaksikan kaum muslimin seluruh dunia hilang panduan, pedoman arah dan tuju.

Kita hilang punca, hilang ketaatan, tidak mengetahui arahan siapa yang perlu dipatuhi. Tidak mengetahui, syariat mana harus diteliti. Tidak mengetahui jalan mana harus direntangi. Kita tidak lagi mengetahui siapa yang harus dibela, dan siapa yang harus dicela. Kita tidak lagi mengetahui siapa yang harus dimusuhi dan siapa yang harus disayangi. Hilang.... segalanya buta dan tidak mengerti.

Teringin saya menyatakan definisi konsep Negara Bangsa. Teringin juga saya nyatakan konsep Kekhilafahan milik kaum muslimin yang asli yang sepatutnya menjadi pegangan kita.

Sesungguhnya Konsep Negara Bangsalah yang memisah dan mengkecamukkan kita semua kaum muslimin. Ia mula didagangkan semenjak kejatuhan Khilafah Islam Uthman satu ketika dahulu.

Ini definisinya (Wikipedia)

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entitibudaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

Tidakkah kalian (kaum muslimin) melihat bagaimana pernyataan diatas adalah penuh dengan penjenamaan baru perkataan "bangsa" "bangsa" "bangsa", seolah-olah bangsalah asbab kemuliaan seseorang.

Akhirnya kosep ini berjaya dalam memecah belahkan kita, berperang sesama sendiri atas isu yang tiada pentingnya sehingga menggugur akidah.

Khilafah Islam

Kita (kaum muslimin) ini, kefahaman konsep dan penyatuan kita ialah sistem Khilafah Islam. Konsep penyatuan negara dan bangsa atas dasar agama islam. Kita adalah satu agama. Satu bersatu atas dasar agama. Tiada bezanya muslim Malaysia, Muslim Indonesia, Muslim Filipina, Muslim Amerika. Asalkan kita muslim, maka kita bersatu dibawah satu pemerintah iaitu Khalifah. Asalkan kita muslim, maka siapa yang paling bertaqwa dialah yang paling mulia.

Konsep Negara bangsa telah menggantikan kedaulatan Muslimin yang bersunnahkan sunnah Khilafah Islam.

Tidakkah kalian sedar bahawa Khilafah Islam pernah mendamai tenteramkan dunia. Hatta yang bukan muslim merasa senangnya bernaung dibawah keadilan islam berpusat Khilafah.

Pergaduhan kita sesama kita membuktikan kejayaan bangsa penjajah kita menerap masukkan jarum musyriq mereka... iaitulah "negara bangsa", agar kita berpecah dan lemah. Demikian kerana mereka mengetahui sekiranya kita bersatu, maka kuatlah kita, maka tewaslah mereka.

Malaysia dan Indonesia adalah bersaudara. Tidak kira apa namamu, tidak kira apa bahasamu, tidak kira dimana geografi negaramu, tidak kira maju atau mundurmu, tidak kira warna benderamu, tidak kira berapapun keramaian kamu, tidak kira kuat atau lemahmu...

Tidak kira kecerahan wajahmu, tidak kira apa jua daerahmu, tidak kira qiraat bacaanmu, tidak kira tarikh merdekamu, tidak kira apa mazhab fiqhmu, tidak kira resam, adat dan budayamu, asalkan kau Muslim, maka Kita Bersaudara.

Bersatulah wahai ummah, bangkit dan bobrokkan mereka yang munafiq dan musyriq penjajah, segeralah bebaskan al-Quds kita. Segera mengangkat darjat agama.

Penulis adalah Pengerusi Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional GAMIS (MTKN). Sekarang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di salah sebuah institusi agama di negeri Melaka.

Posted by GAMIS on 3:43 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

1 comments for KOLUMNIS : 'Ganyang Malaysia', usah terpedaya konsep negara bangsa

  1. benar ape yg disebutkan..cbe anda coretkan satu artikal yg brdasarkn prmasalhan yg berlaku skng..jika rakyat indonsia skang xbrenti2 brtekad utk hancurkan rakyat mlysia cmner..dlm keadaan sakng ape yg nk dibuat.msihkah kte berhujah sprti dalm artikal ini..mohon respon..

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket