Iklan berunsur syirik : PMIMSU selar TV3
berita 3:02 PGoleh : Wartawan GAMIS
mygamis@gmail.com
Kuala Lumpur, 6 Sept - Persatuan Mahasiswa Islam Managment and Science University (PMIMSU) menyelar iklan berunsur syirik yang diterbitkan sebuah stesen televisyen baru-baru ini.
Presidennya, Mohamad Halim Bin Mohamad Shariff berkata, persatuannya berpendirian bahawa iklan tersebut dengan jelas dan terang telah memesongkan akidah umat Islam di Malaysia.
Beliau berkata demikian di dalam kenyataannya kepada mygamis.blogspot.com. Sehubungan itu, PMIMSU menggesa agar sebarang bentuk iklan perlu mendapat pandangan daripada tokoh agama supaya perkara tersebut tidak berulang lagi.
Bagi mengelakkan hiburan yang melampau terhadap masyarakat hari ini, PMIMSU mendesak agar pihak TV3 supaya memberhentikan program-program yang berbentuk hedonisme seperti mentor dan My Star LG.
Beliau juga kesal kerana iklan yang ditayangkan tidak mengambil-kira sensitiviti penganut agama Islam di Malaysia.
Baginya juga, konsep satu Malaysia bukanlah lesen untuk mencampur-adukkan pengamalan agama yang akhirnya akan mengelirukan umat Islam.
http://mygamis.blogspot.com
iklan aidilfitri.. tapi gayanya ,macam krimas.. adoi..
tak faham..
mereka tak faham agama ke.. atau tak perasan??atau tak tahu??atau tak sengaja??
erm... tak de tenaga penapisan iklan ke kat stesen tv ep?
kalau ada.. dalam tenaga penapisan tu.. ada orang islam tak?
orang islam tu pula.. sensitif tak pada agama dia??
soalan2....
*cerita ketika cinta bertasbih tak lulus.. iklan yang campur aduk.. tak tau nak raya ke nak sambut krismas lulus pulak.. adoi.. tak faham.. tak faham...