UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamat menempuh alam kampus


Berikut adalah perutusan penuh Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Fadzil Jamal bersempena kehadiran para mahasiswa baru ke kampus.

Pendahuluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua mahasiswa baru IPTA dan IPTS sesi akademik yang baru bagi kampus seluruh negara. Sekalung penghargaan dan tahniah kerana berjaya menempatkan diri ke menara gading.

Alam kampus baru bermula. Harapan menggunung tinggi daripada ibubapa dan keluarga tergalas di bahu masing-masing untuk berjaya dalam pengajian kelak. Mahasiswa baru perlu bersedia menempuh cabaran dalam manimba ilmu pada masa kini yang penuh dengan liku-liku berduri.

Mahasiswa dan Perjuangan Menuntut Ilmu


Sukarno pernah berkata “ Berikan aku sepuluh orang pemuda, nescaya aku akan goncangkan dunia”. Madah motivasi ini perlu tersemat di dalam sanubari setiap mahasiswa baru yang juga golongan muda untuk memacu potensi diri kearah kecemerlangan dalam kehidupan. Sosok tubuh orang muda kaya dengan idea dan inovasi baru perlu selari dengan ilmu di dada agar memenuhi tuntutan menuntut ilmu.

Penggalian dan kembara ilmu di menara gading perlu dijadikan matlamat utama bagi mahasiswa baru. Antara ilmu-ilmu yang perlu menjadi fokus golongan mahasiswa hari ini untuk diterokai adalah sejarah dan tamadun, teknologi maklumat, ekonomi, undang-undang dan perlembagaan, politik dan sebagainya.

Ilmu yang dikutip di bilik-bilik kuliah perlu juga ditambah dengan ilmu-ilmu tambahan seperti kemahiran berpersatuan, kegiatan khidmat masyarakat, kemahiran komunikasi dan sebagainya agar menjadi nilai tambah kepada pembangunan diri. Sudah pasti lambakan anasir negatif abad moden ini akan menjadi tembok penghalang impian tersebut. Budaya tradisi 3K di kalangan mahasiswa iaitu kuliah, kafe dan katil tidak harus dijadikan amalan seharian sekiranya mahu menjadi mahasiswa yang benar-benar berjaya dan berkualiti.

Mahasiswa sebagai “Jurubicara Ummah”


Dalam menjadi insan terpilih menjengah gerbang ilmu perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh mahasiswa agar menyumbang dalam pembangunan ummah bertamadun. Mahasiswa perlu kembali kepada title yang sudah sebati dengan diri mereka sebagai jurubicara ummah. Masyarakat sivil di luar sana menanti kehadiran golongan intelektual seperti mahasiswa untuk menabur bakti dan mencurah ilmu kepada mereka.

Mengungkap kata-kata Bapak Mohd Natsir seorang cendekiawan Indonesia iaitu “Bisa ada percetakan yang mampu mencetak pemimpin, pemimpin tidak lahir dari bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan di dokong oleh umat”. Nah, sudah pasti mahasiswa yang ingin menjadi seorang pemimpin yang matang perlu berada di tengah-tengah masyarakat untuk memimpin mereka.

Dalam kamus gerakan mahasiswa era 70-an pernah terlakar apabila mahasiswa memimpin rakyat dalam Peristiwa Baling 1974 yang menyaksikan perjuangan pada waktu itu adalah menuntut keadilan sosial. Mahasiswa juga benar-benar berfungsi menjadi ‘check and balance’kepada kerajaan dengan lantang meyuarakan pendapat di samping konsisten memperjuangkan nasib rakyat. Semangat dan idealisme perjuangan ini lah yang perlu dijadikan teladan untuk menjadi seorang mahasiswa yang benar-benar matang dan berkualiti.

Penutup

Segulung ijazah pada hari ini tidak bermakna sekiranya mahasiswa tidak mempersiapkan diri dengan ilmu untuk memimpin masyarakat. Lambakan kebobrokan sosial yang melanda golongan remaja perlu menjadi tanggungjawab mahasiswa untuk ditangani dengan segera. Justeru, mahasiswa disaran memanfaatkan peluang menimba ilmu dan pengalaman di kampus untuk menyumbang kearah pembangunan agama, bangsa dan negara.

Mohd Fadzil Jamal

Timb. Pengerusi MPMN

Posted by GAMIS on 11:15 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Selamat menempuh alam kampus

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya