'Haramkan keputusan judi' -Idris


Kuala Lumpur, 4 Julai 2010 - Slogan 'tak nak judi' dan 'selamatkan Malaysia' berkumandang di Masjid Negara semalam dalam perhimpunan aman Anti-Judi yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ).

Presiden GAMIS, Idris Yusoff, antara yang menyampaikan pidato menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membantah judi.

"Judi bukan sekadar diharamkan oleh Islam melalui Al-Qur'an, bahkan menjadi perosak kepada institusi masyarakat" katanya bersemangat.


"Berapa ramai rakyat Malaysia yang menjadikan 'along' sebagai jalan keluar untuk meminjam duit adalah hasil mereka kalah dalam judi" ujarnya lagi.

"Untuk tindakan awal, kita mendesak kerajaan mengharamkan pengeluaran keputusan judi TOTO di dalam akhbar, kita mahu KDN (Kementerian Dalam Negeri) mengharamkan kepada seluruh akhbar. Boleh atau tidak?" katanya sambil disambut oleh seluruh rakyat yang hadir.

Perhimpunan itu disertai hampir dua ribu rakyat mewakili pelbagai bangsa dan agama serta NGO dan parti politik seluruh Malaysia.

http://mygamis.blogspot.com

Posted by GAMIS on 4:23 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for 'Haramkan keputusan judi' -Idris

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket