GAMIS anjur forum Isra' Mikraj esok


Kuala Lumpur, 9 Julai 2010 - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan menganjurkan forum memperingati perjuangan rakyat Palestin dan Isra' Mikraj esok.

Program dijadualkan berlangsung jam 7 malam di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Antara panel yang bakal hadir adalah Cikgu Azmi daripada Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Muhamed Yusof Dawud Gamy, pensyarah dari Universiti Tun Abdul Razak.

Forum yang bertajuk 'Palestin Bumi Barokah' bakal mengupas perjuangan rakyat Palestin serta tanggungjawab mempertahankan negara Palestin. Ia juga mengambil iktibar daripada peristiwa Isra' dan Mikraj yang turut berlaku di tanah suci Palestin.

Pengerusi MDK, Farhannaim Jamaludin mengajak seluruh lapisan masyarakat untuk hadir dan menghubungi 0132118675 untuk sebarang pertanyaan dan makluman.

mygamis.blogspot.com

Posted by GAMIS on 9:11 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for GAMIS anjur forum Isra' Mikraj esok

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket