UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

MAHASISWA DESAK UKM BATAL PERTUDUHAN



Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang akan didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana didakwa berkempen di Hulu Selangor mendesak universiti berkenaan membatalkan pertuduhan terhadap mereka. Mahasiswa terbabit yang akan didakwa pada awal bulan depan membuat tuntutan itu kerana "sebagai pelajar jurusan sains politik, mereka perlu turun padang menyaksikan percaturan sebenar politik."






"Menjadi adat sebagai mahasiswa jurusan sains politik untuk turun ke lapangan pilihan raya. Kalau mahasiswa perubatan turun ke hospital. Bagi jurusan sains politik, kami turun ke lapangan pilihan raya untuk lihat bagaimana politik (yang) sebenar berlaku," kata Muhammad Hilman Idham. Lagi pun, tambahnya, ia setelah banyak pilihan raya yang disertainya "tidak pernah menjadi masalah".

Dua lagi rakannya yang akan didakwa - Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha - bagaimanapun tidak hadir kerana sedang bercuti semester. Kesemua pemimpin Kelab Sains Politik UKM itu menerima surat pertuduhan pada 13 Mei, menyatakan mereka akan didakwa bawah Seksyen 15 (5) AUKU yang berbunyi:

"Tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap - (a) mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia".

Pada 22 April lalu, Muhammad Hilman ditahan bersama Azlin Shafina di Pekan Rasa, Hulu Selangor kerana "membawa dan memiliki CD, risalah berunsur sokongan atau simpati dengan atau bangkangan terhadap parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan itu". Muhammad Ismail pula ditahan polis di Ampang Pecah pada 22 April bersama tiga individu - termasuk seorang lagi rakan sekuliahnya - dalam sebuah van yang mengandungi risalah berunsurkan politik.

Seorang lagi rakan mereka bagaimanapun setakat ini belum menerima sebarang pertuduhan daripada universiti. Muhammad Hilman bagaimanapun ditahan lagi sehari oleh pihak polis, selepas itu kerana didakwa engkar kepada arahan pasukan pemantauan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UKM supaya beredar dan tidak terlibat dengan kempen pilihan raya tersebut. Beliau akan dibicarakan di mahkamah univerisiti pada 2 Jun depan. Manakala Muhammad Ismail dan Azlin Shafina pula dihadapkan ke mahkamah tersebut pada sehari berikutnya.

Dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Muhammad Hilman berkata akan berbincang dengan peguamnya terlebih dahulu berhubung persediaan mereka menghadapi kes itu. Ditanya mengenai tujuan beliau ke kawasan pilihan raya itu, Muhammad Hilman memberitahu, "hanya menumpang kereta seorang aktivis" dan "bukan untuk berkempen". Beliau juga berkata, setahunya berdasarkan AUKU, beliau boleh dibuang universiti atau digantung pengajian sekiranya disabitkan kesalahan. Bentuk hukuman itu tidak dinyatakan dalam surat pertuduhan terhadapnya, tambah pelajar tahun akhir universiti itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, pemimpin mahasiswa daripada pelbagai persatuan, antaranya Solidariti Mahsiswa Malaysia (SMM), Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) bagi menyatakan sokongan mereka. Dalam kenyataan bersamanya, persatuan pelajar tersebut mendakwa pertuduhan terhadap tiga pelajar UKM itu "telah menyimpang daripada norma-norma kebebasan akademik, dan hak kebebasan untuk bergerak selaku wargenegara Malaysia".

"Seluruh mahasiswa mengutuk tindakan HEP (Hal Ehwal Pelajar) UKM yang dengan sengaja dan tidak bertanggungjawab cuba untuk menakut-nakutkan mahasiswa dengan peraturan dan tindakan yang jauh menyimpang dengan nilai intelektual yang seharusnya diterapkan oleh pentadbiran universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dibacakan bersama oleh kesemua pemimpin mahasiswa yang hadir, termasuklah Pengerusi SMM Shazni Munir Mohd Ithnin, Presiden Gamis Mohd Idris Mohd Yusoff dan Setiuasaha Dema Yap Heng Lung.

Sumber : http://malaysiakini.com/news/132053

Posted by GAMIS on 11:11 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for MAHASISWA DESAK UKM BATAL PERTUDUHAN

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya