Road Tour bersama GAMIS PAHANG
PROGRAM 8:30 PTG
Kuantan, 14 Mac- Road Tour GAMIS diteruskan lagi, pada kali ini bersama-sama pimpinan GAMIS negeri Pahang. Saudara Idris selaku Presiden GAMIS mengetuai wakil GAMIS pusat bersama beberapa orang wakil. Program diadakan di Kuantan itu menghimpun wakil GAMIS di kampus sekitar Pahang terdiri daripada UIA Kuantan, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Institut Teknologi Malaysia Jengka, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan Politeknik Sultan Ahmad Shah.
Program yang dianjurkan itu melibatkan perkongsian dari setiap kampus yang hadir. Di peringkat GAMIS Pahang diketuai Saudara Khairul Fikri dari UIA Kuantan selaku Pengerusi GAMIS negeri Pahang. Perbincangan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan diwakili setiap kampus bersama wakil dari GAMIS Pusat.
Hasil dari perbincangan kebersediaan GAMIS Pahang untuk mengadakan program selepas ini dan turun kepada masyarakat akan diperbanyakkan seperti Operasi Khidmat Masyarakat, ziarah ke hospital dan seumpanya. Program yang akan dianjurkan selepas akan menggabungkan semua kampus di negeri Pahang.
Program tamat pada sebelah petang sekitar jam 4.15 petang selepas bermula sekitar jam 10 pagi hari tersebut. Sebelum ini diperingkat GAMIS telah turun di negeri Sabah, Perak, Kelantan dan Kedah. Road Tour GAMIS akan diteruskan lagi selepas ini dinegeri-negeri lain.
Continue the good work to build up the ummah and do not allow yourself and the Gabungan to be used by any political agenda.
Sayang sekali, GPMS, is an example of misguided group.
joha
http://kuala-lipis-pahang.blogspot.com/