Forum Gamis: Kupasan Menarik Panel
berita 12:55 PTG
KUALA LUMPUR- 4 Mac, Forum yang dianjurkan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) yang bertajuk Universiti Diliwat di Dewan Cina Kuala Lumpur dan Selangor semalam mendapat sambutan yang menggalakkan di peringkat mahasiswa.
Antara panel panel yang dijemput ialah Sdr Hisyamuddin Rais iaitu bekas aktivis mahasiswa era 60an, Dr Azmi Sharom yang juga merupakan pensyarah Fakulti Undang-Undang UM dan Sdr Shazni Munir sebagai Pengerusi Solodariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Forum telah dimoderatorkan oleh sdr Syafiq Aziz yang juga merupakan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN).
Forum telah dimulakan dengan ucapan aluan Presiden GAMIS Sdr Idris Yussoff, beliau yang banyak menyentuh tentang ketidaktelusan Pilihan Raya Kampus baru-baru ini.
Hisyamuddin Rais dalam ucapannya menerangkan sistem e-undi yang diperkenalkan di beberapa kampus sebelum ini termasuk Universiti Malaya baru-baru ini merupakan satu eksperimen kepada mahasiswa sebelum dilaksanakan sistem tersebut di peringkat Negara dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Beliau amat menegaskan sesiapa yang sistem, maka dialah yang akan mementukan angka.
“Perdana Menteri. Najib Tun Razak telah pergi pusat IT di Bangalore, India sebanyak dua kali, dan berjumpa dengan pakar IT disana, dikatakan bagi membincangkan sistem e-undi ini.” Ujarnya Hisyam.
Beliau juga menjelaskan masih terdapat kelemahan diperingkat aktivis mahasiswa dalam menguasai media. Sepatutnya semua perkara yang berlaku setiap waktu di kampus perlu dilaporkan kepada masyarakat umum.
Manakala panel yang lain iaitu Dr. Azmi Shahrom, yang merupakan ahli akademik dan pengamal undang-undang dalam ulasannya, campur tangan Hal Ehwal Pelajar(HEP) tidak sepatutnya berlaku, ini kerana Pilihan Raya Kampus ini merupakan hal berkaitan mahasiswa dan HEP tidak berhak campur tangan. Berlakunya double standard terhadap layanan dikalangan mahasiswa, ini perkara yang tidak seharusnya berlaku.
“ saya hairan sebab apa HEP nak campur tangan dalam PRK, HEP ni tak dak kerja lain ka, ni soal mahasiswa biar mereka yang tentukan”
Beliau juga menjelaskan bahawa HEP hendak lahirkan mahasiswa yang hanya dengar cakap, dan tidak bertentangan dengan pihak pentabdiran, ini akan memudahkan pengurusan pihak pentadbiran. Sepatutnya mahasiswa diberi ruang dan kebebasan dalam menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.
Ahli panel yang terakhir Sdr Shazni Munir pula bercakap tentang isu penindasan dan ada pihak yang cuba memperbodohkan mahasiswa. Beliau menceritakan bagaimana isu e-Undi yang berlaku di Universiti Malaya, keputusan untuk membuat sistem ini tidak pernah melibatkan pelajar dalam perbincangan, dan mahasiswa hanya dijemput bila mana perkara ini sudah diputuskan untuk dilakukan. Perkara ini merupakan salah satu cara untuk memperbodohkan mahasiswa.
“ saya mencadang pada PRK yang akan datang bukan lagi Pro Mahsisawa berlawan Aspirasi tetapi mahasiswa bertanding dengan pihak pentadbiran @ HEP, ini mungkin salah satu cara penyelesaian untuk melihat mahasiswa bersatu” jelasnya yang juga merupakan Aktivis Mahasiswa.
Akhirnya beliau juga menjelaskan tugas yang perlu dilakukan mahasiswa yang mempunyai kesedaran tentang isu demokrasi ini untuk mengajak dan menerangkan kepada mahasiswa-mahasiswa lain tentang perkara yang sebenar yang berlaku selepas ini.
.
Assalamuaalaykum,
Sedikit teguran kepada pihak penganjur. Program ini tidak dihadiri oleh seorang panel seperti mana yang telah dihebahkan dalam poster dsb.Namun, dalam program ini, tiada langsung pemberitahuan mengenai hal ini dan diharapkan pada masa hadapan, pihak penganjur dapat menjelaskan hal ini kepada pendengar yang hadir..