Selamat datang ke blog GAMIS. Semoga perjuangan Islam terus mara ke depan.
PERHATIAN: Kepada sahabat-sahabat sekalian, web www.gamisdaily.com sudah dibuka. Namun begitu ianya masih menggunakan weblog. Sekiranya terdapat cadangan dan kritikan bolehlah emailkan kepada editor@gamisdaily.com

Artikel Terkini GAMIS

****************************************************

Ahad, Julai 27, 2008

Konvensyen Mahasiswa Perak

Konvensyen mahasiswa khusus utk seluruh mahasiswa Perak akan diadakan :

Program : Konvensyen Mahasiswa Perak
Tarikh: 2 ogos 2008
Tempat : Ipoh , Perak

salam perjuangan:
aktivis BERSATU

Agenda :
1) ucaptama dari YAB Menteri Besar PERAK
2) FORUM semasa dari ADUN kerajaan nergeri PERAK
3) perbincangan dan resolusi mahasiswa negeri perak

untuk makluman lanjut :
hubungi zulhilmi awang- 0194140995, khairun nizam 0199106280 Baca lagi...

Rabu, Julai 23, 2008

GAMIS Mahu Konsert Inul dihentikan

Mohd Dzul Khairi Bin Mohd Noor,
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS).

Sebelum panas kembali reda dengan isu Inul Daratista menangis dan pengsan gara-gara pembatalan konsert yang sepatutnya berlangsung di negeri Johor, rakyat dikejutkan semula dengan pengumuman bahawa Inul Daratista akan melangsungkan konsert di Kuala Lumpur pada 27 Julai sebagai ganti kepada konsert yang terbatal.

Mewakili suara kelompok anak-anak muda yang cintakan kesejahteraan agama Islam dan budaya ketimuran yang penuh kesopanan, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia dengan ini menggesa agar pihak terbabit dan kerajaan mempertimbangkan semula rancangan tersebut.

Ini adalah kerana, selain konsert ini bertujuan memberi hiburan semata-mata dan mengasyikkan para penonton dengan aksi yang mengghairahkan, ia tidak mempunyai apa-apa faedah lain seperti membantu memperkasakan modal insan belia khususnya dan rakyat amnya.

Umum mengenali Inul Daratista sebagai seorang penyanyi yang agak kontroversi hatta di negara asalnya sendiri. Semenjak isu pakaian yang kurang sopan dan “goyang gerudi”nya diperdebatkan oleh beberapa tokoh ulama terkenal Indonesia malah turut dikritik lantang oleh salah seorang pejuang irama dangdut itu sendiri, penyanyi Rhoma Irama, bermula tahun 2006, populariti penyanyi gelek ini semakin merosot. Justeru adalah tidak munasabah sekiranya kerajaan berpandangan pula dengan membenarkan konsert ini berlangsung, kedatangan Inul dilihat sebagai mewakili Indonesia sedangkan majoriti rakyat Indonesia tidak meletakkan beliau sebagai ikon negara yang wajar dicontohi.Rentetan daripada jolokan pelopor tarian gelek berunsur lucah, konsert Inul Daratista juga semakin sedikit bilangannya dan semakin tidak digemari rakyat Indonesia itu sendiri. Kerajaan dicadangkan menggantikan penyanyi tersebut dengan artis yang jauh lebih sopan dan terkenal serta benar-benar mewakili imej Indonesia seandainya ingin meraikan negara jiran serumpun seperti Titiek Puspa, Hetty Koes Endang, Didi Petet dan Deddy Mizwar.

Kita boleh sahaja memberi garis panduan agar beliau tidak menayangkan aksi panasnya namun, seperti yang dikumandangkan dalam antara lagu beliau , siapalah Inul tanpa geleknya. Keistimewaan Inul adalah pada gelekannya,maka, tanpanya hilanglah aset penting persembahannya.

Jumlah kes rogol dan pencabulan kehormatan di Malaysia semakin bertambah dari hari ke sehari. Malah kita masih tidak dapat melupakan mimpi ngeri rakyat Malaysia apabila digemparkan dengan kes rogol kanak-kanak di bawah umur. Justifikasi, dalam usaha mengurangkan masalah sosial ini, adalah sewajarnya kita cuba menghapuskan punca-puncanya seperti tarian yang mengghairahkan tersebut. Tidak dinafikan ia adalah atas dasar iman masing-masing, namun, kita juga perlu berusaha mengenalpasti serta menghapuskan kejadian-kejadian yang turut menyumbang ke arah kegagalah kawalan nafsu manusia.

Selain daripada sebab-sebab di atas, ketegasan pihak Gamis dalam menyeru pihak kerajaan agar memberhentikan konsert tersebut adalah kerana pihak Gamis juga ingin menyelamatkan maruah Inul sebagai seorang wanita mulia yang diciptakan Tuhan agar tidak terus dipijak maruahnya apabila dinobatkan sebagai simbol seks di mata lelaki. Gamis mahu agar setiap manusia kembali dimuliakan kedudukannya sepertimana tujuan asal kejadiannya diciptakan Tuhan.

Kesimpulannya, demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan ke arah memperkasakan generasi muda yang berkualiti serta mampu menjadi pelapis pimpinan terbaik masa depan, Gamis dengan ini sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan harus membatalkan konsert tersebut serta merta dan memandang berat sesuatu isu semasaknya serta benar-benar serius dalam usaha membangunkan modal insan sebelum mengambil satu-satu keputusan yang berkait rapat dengan hal rakyat.
Baca lagi...

Isnin, Julai 21, 2008

Nantikan Konvensyen Wanita anjuran HELWANI !!!



Sila letakkan di blog PMI masing-masing. Baca lagi...

Khamis, Julai 17, 2008

GAMIS Gesa Timbalan Perdana Menteri Turut Diheret ke Muka Pengadilan

Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak yang terus didebatkan oleh rakyat marhain saat ini, kini seluruh rakyat Malaysia diasak berdepan dengan pergolakan politik mahadahsyat sedang melanda Malaysia. Seolah-olah rakyat tersepit dalam pentas perebutan kuasa antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Sehingga kini juga, banyak peristiwa besar membabitkan krisis keyakinan terhadap sistem keadilan dan kehakiman negara, bermula dengan kes pita video VK Lingam, sehinggalah kepada akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin membabitkan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri dalam kes bunuh Altantuya, dan kemudiannya timbul pula kes pertuduhan liwat ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendokong asas keadilan sosial yang tidak mengira siapa pun, yang bersalah mesti dibuktikan bersalah dan yang menuduh mesti mengemukakan bukti secukupnya. GAMIS melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan “double standard” badan kehakiman dan institusi polis yang nampak sangat ghairah mengendalikan kes membabitkan Anwar Ibrahim manakala kes yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didiamkan begitu sahaja. GAMIS dengan tegas mendesak sistem keadilan negara supaya melakukan siasatan segera kepada tertuduh dalam akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin iaitu isteri Timbalan Perdana Menteri, kerana kredibiliti sistem keadilan akan terus tercemar dan dianggap ‘boneka’ pemerintah yang desperate jika siasatan kepada beliau tidak dilakukan.

GAMIS menegaskan bahawa kedua-dua tokoh ini, sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datuk Seri Najib Tun Razak, keduanya perlu disiasat dengan adil. Apa yang menghairankan, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang komited untuk memberikan kerjasama kepada badan berkuasa untuk melakukan siasat bahkan membuat penangkapan ke atas beliau atas tuduhan liwat, manakala Datuk Seri Najib yang dituduh terlibat dengan jenayah yang lebih berat seolah-olah dibiarkan tanpa sebarang siasatan polis dan dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan Timbalan Perdana Menteri mahupun isterinya menyembunyikan diri dari soalsiasat polis hanya menyerlahkan sikap pengecut dan bacul pemimpin negara untuk dibawa ke muka pengadilan.

Walaupun menerima pertuduhan liwat, seluruh mahasiswa Islam tetap menyokong asas perjuangan membela rakyat dan mewujudkan sistem pemerintahan anti-rasuah yang dibawa secara konsisten dan bersungguh oleh bekas tahanan ISA, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMIS berpendirian bahawa jika keadilan di Malaysia dijunjung dan dilaksanakan tanpa memilih bulu, GAMIS percaya Datuk Seri Anwar adalah orang yang tidak bersalah dan difitnah sebagaimana dibuktikan oleh keputusan mahkamah yang menggugurkan pertuduhan liwat ke atas beliau pada 1998.

Ridhuan Othman,
Timbalan Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Baca lagi...

Rabu, Julai 16, 2008

GAMIS Kesal Tindakan PTPTN

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) kecewa dengan tindakan pihak PTPTN yang jelas mahu memperbodoh mahasiswa dengan merahsiakan tindakan mereka ‘mencuri’ RM 114 dari duit pinjaman mahasiswa baru pada pembukaan semester baru-baru ini atas alasan kos insurans .

GAMIS juga akan mendedahkan dalam masa terdekat satu kajian yang telah dibuat kepada lebih dari 1200 responden mahasiswa di 5 buah kampus (UIAM, UM, UKM, UPM, UTMKL) bagi membuka mata kerajaan yang nampak tidak mempedulikan kesan melampau kenaikan harga minyak dan bahan makanan kepada golongan mahasiswa.

GAMIS tidak akan teragak-agak untuk menubuhkan sebuah badan bertindak bagi mendesak kerajaan lebih prihatin kepada nasib dan kebajikan mahasiswa.

GAMIS juga mendesak kepada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang menggabungkan semua Presiden-presiden MPP-MPP IPTA supaya bertindak secara agresif terhadap kerajaan dalam soal membela nasib mahasiswa yang menghadapi tekanan ekonomi selepas kenaikan harga minyak dan kesan berantai darinya.


Mohd Dzul Khairi Mohd Nor

Presiden,

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Baca lagi...

GAMIS akan terus lesu sekiranya...

"GAMIS akhir-akhir ini semakin lesu. Sambutannya tidak sehangat dulu. Bahananya, GAMIS diafiliasikan dengan parti politik yang secara jelasnya menghasilkan impak negatif dalam jangka panjang. GAMIS dilihat sekadar menjadi kuda tunggangan parti politik yang berkepentingan. Persepsi masyarakat nyata terpesong dengan realiti sebenar perjuangan GAMIS. Media pun turut mengharubirukan ! " - Suhaimi al-Maniri, "GAMIS Hilang Halatuju?", Siasah 13-19 Julai

Benar, GAMIS akan terus lesu sekiranya masih ada segelintir ahli-ahli GAMIS mahupun sesiapa sahaja yang 'meminati' pergerakan GAMIS yang tidak boleh menerima hakikat GAMIS memperjuang politik nilai (independent group, catalys, pressure group, sofwah al-mukhtarah, check and balance, watch-dog), bukan menjadi 'pak turut' atau 'rubber stamp' kepada perjuangan politik kekuasaan (partisan). Sejarah GAMIS sendiri menunjukkan GAMIS tidak diwujudkan oleh mana-mana parti politik di Malaysia, bahkan GAMIS yang turut sama tampil mencorak iklim politik Malaysia menjelang PRU 1990 dan membekalkan (kilang) pemain-pemain utama percaturan politik Malaysia (BN-PR) pada hari ini.

GAMIS akan terus lesu sekiranya kedapatan segelintir ahli-ahli GAMIS yang memahami fungsi GAMIS sebagai "jurubicara hal ehwal kampus" semata, bukan lagi "mahasiswa jurubicara ummah" secara keseluruhan, masalah kampus mahupun airmata rakyat. GAMIS akan terus lesu sekiranya GAMIS dianggap "pressure group" kepada HEP, bukannya "pressure group" kepada kerajaan pemerintah. GAMIS akan terus lesu sekiranya perkataan "MAHA" pada MAHA-siswa Islam semacam mahu dibuang akibat pemahaman segelintir ahli-ahli GAMIS yang tidak nampak keperluan GAMIS mencipta gelombang dan "kuasa" yang tersendiri atas nama "student power", atas sumpah menggalas amanah nubuwwah bahawa "agama itu nasihat" kepada sesiapapun.

GAMIS akan terus lesu sekiranya aksi-aksi mahasiswa Islam 'diswastakan' kepada individu-individu tertentu atau PMI-PMI di kampus Lembah Klang. GAMIS akan terus lesu sekiranya intelegen-intelegen siasah kampus terus berfikir untuk masa depan politik kampus masing-masing sahaja, tiada masa untuk memberi lantas memimpin idea agresif untuk mencorak gelombang politik GAMIS di peringkat nasional. GAMIS akan terus lesu sekiranya aktivis-aktivis penerangan atau penyelidikan di peringkat PMI-PMI kampus terus membuat penyelidikan dan kajian isu semasa dalam ruang lingkup kampus sahaja atau untuk tujuan memperkasa atau mempopular PMI masing-masing sahaja, bukannya untuk kepentingan GAMIS di peringkat nasional, yang setiap hari - dengan 'kakitangan' yang terhad - diasak untuk menyatakan pendirian bersama 'proof' yang 'valid' , bukan hujah-saranan yang simplistik kepada setiap pergolakan harian politik-sosial-ekonomi negara.

GAMIS akan terus lesu sekiranya topik sejarah gerakan mahasiswa di serata dunia dan sepanjang zaman, sejarah gerakan mahasiswa Islam di beberapa buah negara Muslim dan peranan mereka dalam mencorak negara, serta gerakan anak muda sepanjang zaman (sejak zaman Nabi 'anak muda' seperti Sulaiman, Yusuf, Ibrahim dan Muhammad a.s) tidak dimaterikan sebagai topik-topik 'nombor wahid' silibus tarbiyah ahli-ahli tegar PMI-PMI kampus.

GAMIS akan terus lesu sekiranya pentarbiyahan ahli-ahli PMI masih terus berkiblatkan kepada silibus yang digubal pada 10-20 tahun dahulu, tidak berani melakukan perubahan mahupun penambahbaikan melainkan dalam perkara teknikal dan pendekatan semata, bimbang 'status quo' tinggalan generasi dulu tercabar. Walhal zaman telah jauh berubah, pemikiran dan 'interest' mad'u semakin jauh berbeza, perkembangan sains dan teknologi semakin dahsyat, perang pemikiran semakin 'ganas' di sesawang-sesawang maya, tetapi kita terus dengan subtance, mentaliti, uslub dan brand 'lama' kita.

Peristiwa 8 Mac 2008 seharusnya membibitkan 'tsunami' di peringkat skema pentarbiyahan takwin-tanfiz ahli-ahli PMI. Apakah silibus tarbiyah kampus masih mengulang soal-soal yang terlalu fundamental dalam fiqhul-tanzim atau sudah tiba masanya usrah diasak membincangkan secara serius dan kritikal masa depan perjuangan Islam di pentas demokrasi, soal tahalluf siyasi (cth isu PAS-UMNO), soal pendekatan gerakan Islam dalam soal hiburan dan artis (cth isu Mas Idayu dan "Karburetor" 6 Julai), fiqh awlawiyyat gerakan (cth isu negara berkebajikan vs negara Islam), atau sebarang topik "pasca 8 Mac" yang banyak menjadi dilema tanpa jawapan dari gerakan Islam seperti PAS yang disebut-sebut mampu menjadi waiting government yang lebih baik ? Apakah gerakan mahasiswa Islam mahu terus dicorak, bukannya mencorak rentak gerakan Islam di luar sana sebagaimana KAMMI Indonesia (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) yang mampu mencipta iklim baru politik gerakan Islam di Indonesia dengan "melahirkan" PKS ?


GAMIS akan terus lesu sekiranya silibus usrah untuk ahli-ahli PMI di tahun kedua, ketiga, mahupun tahun akhir terus menerus menjadi medan "qadha" kemalasan ahli-ahli untuk membaca bahan-bahan bacaan yang terlalu asas (classic) yang tidak sepatutnya medan usrah di usia muda 22-23 tahun (baca : usia al-Fateh menawan Konstantinople) terus-menerus membincang buku-buku fikrah yang bersifat "expired@out-of-date" dalam situasi "kebanjiran buku dan bloggers" di Malaysia saat ini (sebagaimana satu kajian semasa PRU 12 menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia jauh lebih tinggi dari Amerika) mahupun rakan kita dari Indonesia pada hari ini. Jangan lupa pada kajian yang menunjukkan bahawa mahasiswa Malaysia hanya membaca 12 buah buku selama tiga tahun pengajian, manakala pelajar Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah).

GAMIS akan terus lesu sekiranya aktivis-aktivisnya tidak terdedah dengan "hikmah yang hilang" walau dari mana dan siapa sekalipun, sama ada aspek pemikiran, pendekatan mahupun tajribah (pengalaman) yang telah ditempuh oleh mana-mana gerakan Islam atau gerakan mahasiswa Islam serata dunia pada saat ini. GAMIS akan terus lesu sekiranya aktivis-aktivis nya belum berani menyentuh buku-buku baru 'pembakar' semangat gerakan mahasiswa seperti "Dari Gerakan ke Negara" tulisan Anis Matta, "Menyiapkan Momentum" tulisan Rijalul Imam dan banyak lagi, ataupun sekurang-kurangnya memahami asas-asas dan attitude 'student movement' melalui buku "Politik Kampus Di Sebalik Tabir", "Potret Perjuangan Mahasiswa Satu Cerminan Dekad" dan "Mahasiswa Menggugat". Atau sebarang buku-buku pemikir-pemikir Agung dunia selain tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi walaupun dari cendiakawan Barat atau sebarang kertas-kertas kerja ilmiah mengupas isu-isu global atau bahan-bahan bacaan tahap 'berat' atau "berusrah" di seminar-wacana ilmiyyah yang boleh membina minda negarawan dalam pemikiran aktivis-aktivis dalam usrah-usrah PMI ?

GAMIS juga akan terus lesu sekiranya pemikiran-pemikiran baru, dan pengalaman-pengalaman, kepakaran-kepakaran, kelebihan-kelebihan berharga milik bekas-bekas aktivis GAMIS tidak dimobilasikan dalam satu ketumbukan alumni aktivis GAMIS, untuk tujuan memberikan idea-idea membina GAMIS - dengan paksi dan prinsipnya yang cukup jelas dan takkan berubah (independent-pressure group) - mengorak langkah 20 tahun seterusnya selepas sejarah naikturun GAMIS 20 tahun lepas.

GAMIS juga akan terus lesu sekiranya kepimpinan atau badan pengurus GAMIS itu mahu terus menjadikan "tumpuan dalaman" kampus masing-masing sebagai justifikasi untuk tidak memberikan komitmen sepadu mungkin kepada perjuangan gerakan mahasiswa Islam di peringkat nasional tatkala hampir setiap isu dan pergolakan harian politik-sosial-ekonomi Malaysia, masyarakat akan meneropong dan tertanya-tanya "di mana mahasiswa ???"...

Dan...

GAMIS akan terus lesu sekiranya GAMIS itu terus dianggap forum Presiden-presiden PMI sahaja atau 'hak milik' beberapa individu tertinggi kepimpinan PMI kampus sahaja, bukan sebuah "jamaah" mahasiswa Islam yang mempunyai nilai wehdatul fikr dan wehdatul amal yang kuat, dari pimpinan sehinggalah ke akar umbi. Syair Muhammad Iqbal pemikir agung Islam sangat baik dijadikan renungan bagi sama-sama kita melihat sejauhmana nilai "jamaah" GAMIS itu wujud dalam setiap diri dan hati ahli-ahli GAMIS di semua kampus ;

"Walaupun satu keluarga (baca : Jamaah), tetapi kami tak saling mengenali. Wahai Tuhanku, himpunlah daun-daun yang bertempiaran ini. Hidupkanlah lagi ajaran saling mencintai, ajari lagi kami berkhidmat seperti (generasi) dulu..."


Baca lagi...

Rabu, Julai 09, 2008

Protes terhadap PROTES yang memualkan

Sejak awal lagi saya menjangkakan api kemarahan rakyat akan timbul dalam kalangan rakyat yang hadir dalam PROTES di Stadium Kelana Jaya semalam. Di sebabkan saya telah mendapat berita awal bahawa konsep perhimpunan PROTES berubah daripada rapat umum menjadi “ekspo hiburan”, membuatkan diri sejak awal lagi menunjukkan protes terhadap PROTES dengan tidak mengambil bahagian di dalam protes yang diadakan ini.

Saya agak kesal dengan tindakan penganjur yang mempermain-mainkan hati rakyat apabila secara terang-terangan melakukan penipuan. Hebahan melalui web-web dan blog-blog, mewara-warakan bahawa perhimpunan PROTES adalah untuk menunjukkan protes terhadap harga minyak melalui himpunan sejuta rakyat, tetapi perlaksanaannya adalah berbeza.

Melalui konsep ala-ala fun-fair ini, himpunan PROTES ini dianggap sebagai perhimpunan yang cukup memualkan dan sesetengah pihak sebagai menggelarkannya perhimpunan “bacul”. Di tambah pula dengan aksi penyanyi yang menunjukkan bontotnya kearah penonton menyebabkan para hadirin pada hari itu terasa diri mereka dihina.

Sekiranya sebelum ini, ustaz-ustaz yang bersemangat dalam siri-siri demonstrasi secara terbuka mengkritik konsert sure heboh kerana melalaikan, kali ini PROTES juga menyajikan perkara sedemikian rupa kepada mereka. Tercatatlah di dalam sejarah bahawa ustaz-ustaz ini juga ditipu oleh Jawatankuasa PROTES.

Seharusnya himpunan ini lebih berjaya dan bermakna daripada Himpunan BERSIH. Suka diingatkan bahawa, mahasiswa dan rakyat bukannya golongan yang anti hiburan. Namun begitu, disebabkan himpunan yang diadakan untuk memperjuangkan isu rakyat, maka ianya perlulah dilakukan secara serius. Bukan hanya bekerja sekadar melepaskan batuk ditangga, kemudiannya masing-masing mahu mendapat nama hasil daripada publisiti murahan tersebut.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
Ketua Penerangan GAMIS

http//:faisalkini.blogspot.com
Baca lagi...

Himpunan Protes 6 Julai : Slogan "Student Power" Rintis Kemarahan Rakyat pada Protes

Oleh:
Muhd Syaari Ab Rahman
SUA GAMIS

Kira-kira jam 6 petang, mahasiswa GAMIS memasang "C4" secara senyap dengan melaungkan "Student Power" sebagai satu ikhtiar terakhir dari mahasiswa bagi mewakili sebahagian rakyat yang hadir yang mahu rasa kekecewaan pada event Protes 6 Julai dizahirkan secara terang-terangan di depan pimpinan Protes.

video

Stadium bergegar seketika dan urusetia Protes tampak terkasima.

30 minit kemudian, rupanya rakyat yang hadir teransang untuk memberontak kepada event Protes sehingga keadaan tidak terkawal.




video

Tribute untuk Zainulfaqar dan GAMIS Utara serta GAMIS Lembah Klang yang menjadi nadi utama crowd GAMIS di 6 Julai walaupun mahasiswa jelas kecewa dengan pertukaran pendekatan dan tempat di saat akhir !!! Terima kasih kepada semua ahli GAMIS di serata Malaysia yang telah hadir dan melihat satu detik bersejarah yang memungkinkan Pakatan Rakyat boleh berkubur sekiranya berulang lagi tragedi 6 Julai ini.

“Kota Rom tidak dibina dalam masa 100 hari, tetapi kemusnahannya hanya mengambil masa 1 hari..."

Baca lagi...

Mari membedah diri sebelum berdakwah!

(Klik imej untuk besarkan)

SESUNGGUHNYA dakwah Islamiyyah tidak akan terhenti selagi mana wujudnya aktivis dakwah (du’at) yang bercita-cita melunaskan tuntutan (1)syahadatain (maksud: mengajak manusia kepada 2 kalimah syahadah); (2)amar ma’ruf nahi mungkar (maksud: menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran); dan (3)mujtama’ as-salim (maksud: masyarakat yang sejahtera) hatta (4)khulafah Islamiyyah jadidah (maksud: neo-Khalifah Islamiyyah).

Dalam konteks kepartian dakwah, sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan antara wasilah (vehicle) terbaik untuk melunaskan tuntutan-tuntutan tersebut.

Dalam konteks kemahasiswaan Islam, Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) merupakan antara wasilah (vehicle) terbaik (dalam peringkat nasional dan kampus) untuk melunaskan tuntutan-tuntutan di atas.

Masing-masing mempunyai matlamat khusus dan pendekatan dakwah Islamiyyah sudah tentu patut mengambil kira kondisi dan lapangan masing-masing.

Walaupun demikian, idea perubahan berdasarkan cita-cita Islam selalu tergendala disebabkan cabaran semasa dan sikap kita sendiri dalam melunaskan tuntutan ini.

Walaupun dakwah Islamiyyah ini dilaksanakan secara amal jama’e (maksud: bekerja secara istiqamah-munazzhomah), namun kesilapan fardiyyah (maksud: individu da’e) itu acap kali menggagalkan amal jama’e tersebut.

Asal amal jama’e ada pada tuntutan fardiyyah. Maka, penyakit-penyakit fardiyyah inilah seharusnya dicermati, diubati dan ditangani segera (jika ada).

Penyakit fardiyyah ini terdiri oleh dua (2) punca utama. Pertama, disebabkan mentaliti sehingga melahirkan pelbagai barah-barah dalam dakwah Islamiyyah dan amal jama’e.

Kedua, disebabkan perlakuan sehingga melahirkan pelbagai penyakit berantai dalam dakwah Islamiyyah dan amal jama’e.

Kelemahan mentaliti dalam dakwah!

KESAN penyakit mentaliti (maknawiyyah) akibat sikap individu da’e (infiradhi) dalam dakwah dapat dilihat dalam gejala-gejala di bawah:-

1)Emosional dalam menangani kejahilan/kefasikan ummah sehingga membawa pada budaya ekstream dalam berdakwah – dari segi fikrah/hati, pengucapan dan tindakan.

2)Berasa diri (merujuk: daie/du’at) kudus akhirnya bukan sahaja membentuk kelompok eksklusif (puak) dalam kalangan du’at (pendakwah-pendakwah); malah akan lahir diktatorisme dalam dakwah.

3)Para du’at yang berasa diri mereka hebat dan terbaik ketika mereka melihat gelagat jahil/fasik ummat ini akan membentu sikap ego/bongkak sehingga mereka tidak boleh berlapang dada dengan jawapan jahil/fasik oleh mad’u (maksud:sasaran dakwah) mereka.

4)Kebolehan ilmu, ketinggian sifat serta kekuatan iltizam oleh para du’at jika tidak dipelihara akan mendorong mereka meremeh-remehkan pihak lain (sama ada kelompok du’at lain atau masyarakat sendiri); hatta boleh membawa pada perpecahan ummah. Sesungguhnya dakwah menyatukan ummah dan kesombongan (meremeh-remehkan) adalah pemecahnya!

Kelemahan perlakuan/tindakan dalam dakwah!

Kelemahan amal jama’e dan dakwah Islamiyyah disebabkan oleh sikap serta tindakan infirodhi (individu) para du’at boleh dilihat dalam gejala-gejala berikut:

1)Dakwah spontan selalu dilakukan tanpa perancangan. Dan apabila timbul implikasi berantai yang tidak baik, acap kali dialas dengan kemaafan yang asyik. Akhirnya, aktiviti dakwah tidak dilunaskan secara bertanggungjawab. Dakwah dirumuskan negatif padahal kitalah puncanya!

2)Sikap infirodhi kita selalu menumpu pada satu-satu bahagian dakwah semata-mata sehinggakan wujud kecenderungan hatta pertembungan dalam amal Islami dan amal Jama’e.

Jika kita dalam parti Islam kita selesa berperwatakan politikus padahal parti hanya wasilah dakwah Islamiyyah.

Kalau kita dalam posisi GMI, kita selalu bersikap eksklusif sehingga takut untuk terjun lapangan dakwah (khususnya dalam pentas kampus-nasional) secara berdepan kerana takut dianggap agen-agen politikus parti Islam atau pihak-pihak tertentu.

3)Sikap infirodhi kita yang taqlid (ikut membabi buta) satu-satu prilaku dan tatacara dakwah pihak lain bukan sahaja boleh menyebabkan kecelaruan amal jama’e, malah dakwah kita juga tidak berdiri atas dalil ‘alami, fitrah, naqli dan ‘aqli kita sendiri tersendiri.

Kesan berantai adalah konservatisme atau tradisionalisme dalam amal jama’e jika tidak mengambil kira kondisi keperluan ummah yang moden dan kontemporari seringkali dirumuskan sebagai jumud dan tidak berwawasan.

Sesungguhnya, dakwah Rasulullah dahulu berwawasan dan lebih tinggi dari nilai-nilai jahiliah dalam masyarakat pada waktu ini. Mengapa kita tidak bersifat kontemporari sesuai dengan keperluan zaman kita?

4)Memang sehebat mana manusia, tentu ada kelemahannya. Atas maksud itu, amal jama’e dilakukan dalam tugasan dakwah Islamiyyah. Jika saling menampung dan menumpang dalam kalangan infirodhi (individu da’e) ini tidak dilaksanakan secara munazzhomah dan istiqamah, tentu tiada hasilnya kerana kelemahan senantiasa berlaku; tetapi usaha menyempurnakannya tidak berlaku secara semulajadi dan terancang.

Bagaimana melaksanakan perubatan du’at, sebelum ummat?

Asal sembuhan penyakit du’at mesti diubati secara amal infirodhi dan amal jama’e. Namun, rata-rata kita ghairah mengubati penyakit jahiliyyah ummat; tanpa terlebih dahulu atau sama-sama menyembuhkan pengakit barah dalam badan kita (jika ada).

Perubatan jiwa yang boleh dilakukan dalam kalangan du’at yang sakit sebagaimana di bawah:-

UBAT PERTAMA – kesedaran dalam diri bahawa sikap-sikap (merujuk: penyakit mentaliti dan perlakuan) tersebut sesuatu yang bahaya pada diri, amal jama’e dan dakwah Islamiyyah; sehingga kita mulai bermuhasabah diri, berusrah, kuatkan ibadah (khususnya ibadah nafilah) dan berdoa agar mendapat petunjuk Ilahi.

UBAT KEDUA – meluruskan orientasi dakwah sama ada secara infirodhi atau amal jama’e benar-benar untuk menyeru manusia kembali menghayati Islam; bukan untuk kepentingan diri (individu), keluarga, puak/golongan, pertubuhan, parti dll sehingga Islam itu lebih lihat/dihayati penting dari perkara-perkara tersebut.

UBAT KETIGA – hiasi diri kita dengan tawaddu’ (maksud: rendah diri) semasa manusia agar semakin ruku’ dan sujud kepada Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t sahaja yang layak memiliki sifat at-Takabbur dan disebabkan sifat itu Syaitan dilaknat Allah s.w.t.

UBAT KEEMPAT – Bersifat objektiflah dalam menilai prilaku diri, orang lain serta ummat. Mad’u yang jahil patut mandapat simpati. Mad’u yang fasik (maksud: zalim/jahat) patut mendapat inzar (maksud: amaran daripada Allah dan Rasulullah s.a.w) dan mad’u yang ma’asi patut mendapat pencegahan daripada kita secara hikmah.

Dengan prilaku sedemikian, kita akan berlaku adil dalam fikrah/hati, ucapan atau tindakan ketika berdepan dengan kelimpok-kelompok tersebut.

UBAT KELIMA – Rancang dakwah Islamiyyah kita kerana Rasulullah s.a.w juga sangat teliti dalam perancangan dakwah Islamiyyah. Inilah pentingnya manhaj dalam berdakwah.

UBAT KEENAM – Islam telah memberi panduan secara menyeluruh dalam kehidupan manusia. Sepatutnya, tuntutan dakwah juga tidak harus dijuzukkan pada persoalan solat atau politik atau pendidikan dll semata-mata. Wajah syumulan Islam itulah seharusnya menjadi wajah aktivitisme dakwah.

KETUJUH – Setiap zaman ada nilai-nilai kontemporarinya. Maka, para du'at patut mengambil kira nilai-nilai kontemporari ini sebelum melaksanakan tuntutan dakwah Islamiyyah tersebut; agar kita tidak rumuskan konservatif dan memang kita sudah terjebak dalam konservatif ketika melunaskan tuntutan-tuntutan tersebut sehingga dakwah Islamiyyah gagal diterima oleh ummah.

KELAPAN – dakwah bersifat merobah masa sebab Islam sendiri bersifat inqilabiyyah (maksud: dibangunkan atas runtuhan jahiliyyah moden). Perubahan mesti ditiupkan dalam fikrah, mesti dibentuk dalam sifat du’at dan ummah serta mesti diuji dan diasak agar menjadi iltizam dalam diri (infirodhi) dan amal jama’e kita.

Marilah kita bermuhasabah dan lakukan perubahan segera dalam diri kita kerana perubahan ini menjadi pemangkin pada perubahan ummah. Kenal pasti penyakit dan segera ubati penyakit-penyakit tersebut.

Sesungguhnya, kita mampu merealisasikan cita-cita Islam sebab perjuangan kita berdiri atas asas Islam dan kita (GMI) ditarbiyyah juga berdasarkan manhaj Islami.

Semoga Allah senantiasa merahmati amal jama’e kita dan ummah semakin selesa apabila kita mendekati (dakwah Islamiyyah) kepada mereka. Pendidikan Asas Perubahan –END
Baca lagi...

Isnin, Julai 07, 2008

Bekas pemimpin mahasiswa pun kene liwat???!

Krisis demi krisis dalam negara hari ini berlaku. Tak sempat suatu peristiwa itu berakhir, timbul lagi satu peristiwa lain. Yang lagi menyerabutkan kepala otak aku ni ialah isu harga minyak yang naik mendadak. Ni baru bulan Julai, belum lagi bulan Ogos, tak tahu apa akan berlaku kalau bulan Ogos ni minyak naik lagi.

Aku sebenarnya tak berminat dengan politik ni, tapi disebabkan aku ni sering didedahkan dengan isu-isu semasa seperti kes-kes menteri yang tak pandai memerintah (dengan kata lain hanya tahu cari makan untuk perut sendiri), aku agak agresif kalau kawan-kawan aku sembang pasal politik dengan aku (hakikatnya, aku ni buta politik).

Aku baru sahaja habis belajar di UPM. Dengan kata lain, aku ni dulu adalah seorang mahasiswa, sekarang status aku ialah bekas mahasiswa. Bukan apa, aku terkejut apabila bekas mahasiswa pun terlibat dengan isu besar negara, iaitu isu liwat yang melibatkan Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI). Isu ini timbul selepas isu minyak yang menggegarkan seluruh negara. Aku tak pasti Shaiful Bukhari Azlan (bekas MPP Uniten) betul-betul diliwat, atau sengaja mengaku semata-mata untuk menjatuhkan DSAI. Aku tak kisah kalau dia betul-betul diliwat, sebabnya, kalau DSAI betul-betul meliwatnya, suatu masa nanti DSAI akan terima balasan dari Allah. Kalau bukan di dunia pun, di akhirat dia takkan terlepas.

Tapi, aku cukup tak puas hati apabila terbaca dalam akhbar yang mengatakan bahawa Shaiful ni membuat report setelah diliwat sebanyak 8 kali oleh DSAI. Uiks...! 8 kali? Sampai 8 kali diliwat baru nak report? Selama 7 kali diliwat tak buat apa-apa pun. Pengecut sangatkah mahasiswa yang pernah memegang tampuk pemimpin mahasiswa semasa di kampus dulu? Mengapa terlalu pengecut sehingga tak sanggup nak report diliwat sebanyak 7 kali...7 kali banyak wooo. Ke-8 kali baru nak report...gila betul nilai aktivis mahasiswa macam ni. Ke dah seronok rasa diliwat sampai tak nak report? Kali ke-8 mungkin dah tak tahan sakit (mungkin sebab buasir kot, tapi DSAI paksa juga) baru nak report. BANGANG CAMPUR DAYUS LA DIA NI...!

Isu liwat ni buat aku cukup nak muntah sebenarnya, malas nak layan isu-isu yang membuang masa ni. Tapi, isu ni buat aku terpandang ke belakang, iaitu mahasiswa-mahasiswi yang masih dalam pengajian. Aku cukup risau dengan nilai yang ada pada mahasiswa bila aku cuba ambil tahu kejadian sebenar isu ini dengan cuba membaca isu ni di akhbar-akhbar. Walaupun aku ni tak minat sangat pasal politik kampus (sebab demokrasi di kampus ni dah bertukar kepada kuku besi), tapi aku dapat rasa, hanya politik kampus (demokrasi kampus) sahaja yang dapat membimbing dan melahirkan mahasiswa yang bermaruah dan berani, tidak takut menyatakan kebenaran (bukan macam Shaiful, walaupun pernah menjadi MPP, tapi dalam diri masih lagi teruk tak mahu menyatakan kebenaran setelah 7 kali diliwat - tu pun kalau betul-betul diliwat).

Entahlah, aku rasa risau, resah, gelisah...bila memikirkan mahasiswa sekarang. Isu Shaiful yang mengaku diliwat ni buat aku tak senang duduk sebenarnya. Bukan sebab aku geram dengan dia, tapi aku risau dengan anak-anak aku suatu masa nanti. Apa akan terjadi pada anak-anak aku bila masuk universiti nanti? Adakah anak-anak aku besok tergolong dalam golongan pengecut menyatakan kebenaran macam Shaiful ni? Dah "lunyai" baru nak bertindak...oh tidak, aku tak sanggup membiarkan generasi aku akan datang jadi macam tu, hilang maruah keturunan aku kalau jadi macam ni.

Lagi aku kesian dengan tunang dia, akhirnya bersuamikan seorang lelaki yang seronok diliwat, setelah "lunyai" baru nak report. Entah-entah lepas kahwin nanti, tak dapat nak bersama sebab Shaiful tak minat kat perempuan, tapi minat diliwat lelaki macam DSAI. Mungkin masa tu tunang dia akhirnya minta cerai sebab dah tak tahan dengan suami yang dah suka diliwat ini. Oh tidak...harapnya apa yang terfikir di minda aku ini tidak menjadi kenyataan. Sesungguhnya Islam itu adalah agama kebahagiaan. Ya Allah, selamatkanlah aku dan berilah hidayah kepada golongan seperti ini. Hanya pada-Mu kami berserah Ya Allah.

p/s: Ya Allah, ampunilah dosa aku, dan jauhilah aku, sahabat-sahabatku dan generasiku dari perkara-perkara fitnah sebegini, kerana matlamat hidup kami hanyalah untuk bertemu-Mu dalam keadaan suci, Ya Allah...

Sumber: http://promahasiswaupm.blogspot.com
Baca lagi...

Kenyataan Media GAMIS berikutan isu kematian anak kepada tahanan ISA, Saudara Sharial Sirin

GAMIS gesa kerajaan mansuhkan ISA

Sejak diperkenalkan pada 196O Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilihat menjadi alat pihak kerajaan untuk menahan sesiapa sahaja menurut nafsu rakus mereka. Melihat situasi yang berpanjangan tanpa berkesudahan ini, GAMIS bengun menyatakan pendirian menggesa pihak kerajaan supaya menghapuskan akta yang zalim ini.

Berikutan kejadian kematian Aina Mardiah Shahrial anak salah seorang tahanan ISA baru-baru ini, iaitu Sharial Sirin. GAMIS mengutuk sekeras-kerasnya sikap kerajaan Malaysia yang sambil lewa di dalam hal ini.

Walaupun telah diberi makluman awal bahawa anak beliau dalam keadaan tenat, namun begitu Saudara Sharial tidak dibenarkan pulang awal untuk menziarahi anaknya. Akhirnya beliau tidak sempat menemui anaknya ketika tenat kerana kelewatan tersebut.

Berikutan peristiwa menyayat hati ini, GAMIS menyatakan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan memberi amaran kepada pihak yang terlibat di dalam hal ini. Sekiranya hari ini kalian membuat zalim kepada keluarga Sharial Sirin, nescaya suatu hari nanti balasannya akan diperolehi.

Oleh itu, kami diperingkat Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia menuntut supaya pihak kerajaan:

Pihak kerajaan jangan sewenag-wenangnya menggunakan kuasa untuk menzalimi rakyat dengan suatu akta yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Membebaskan semua tahanan ISA yang ditahan tanpa sebab sehingga hari ini.

Memansukan ISA yang dianggap sebagai suatu akta yang zalim dan melanggar undang-undang hak asasi manusia.


“Rakyat Hakim Negara”

Mohd Dzulkhairi Bin Mohd Noor
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Baca lagi...

Sabtu, Julai 05, 2008

Mengenang 4 Mahasiswa Yang Menggoncang Indonesia...

Sebagai melunaskan 'hutang' saya dengan adik-adik peserta kampus Borneo yang tidak dapat saya paparkan gambar-gambar 'kuasa' mahasiswa Indonesia akibat permasalahan teknikal semasa presentation, maka di sini saya paparkan gambar-gambar tragedi pembantaian mahasiswa Universiti Trisakti di Jakarta pada 12 Mei 1998 ketika berdemontrasi di hadapan 15 trak FRU menuntut Presiden Suharto meletakkan jawatan.


Semoga memadai dengan gambar-gambar ini untuk kalian mendapat semangat luarbiasa menggerakkan movement siasah, dakwah dan tarbiyah di kampus kalian. Mungkin juga dengan gambar-gambar ini boleh menyebabkan anda dan saya boleh berfikir sejenak sejauhmana tahap kualiti gerakan mahasiswa kita di Malaysia pada hari ini berbanding dengan rakan-rakan kita Indonesia. 4 orang mahasiswa telah memberikan nyawa mereka untuk mengundurkan regim 32 tahun Suharto.


Dalam video di Youtube berikut pula, kalian saksikanlah bagaimana tentera melepaskan das-das tembakan peluru hidup menuju ke kumpulan demontrans mahasiswa, kelihatan seorang mahasiswa yang ditembak terdampar di atas jalan tanpa seorang pun datang membantunya, seorang ibu menangisi pemergian anaknya yang mati ditembak, jenazah diiringi dengan laungan Allahu Akbar, dan yang paling menyentuh hati sorakan mahasiswa dan perarakan ke Parlimen Indonesia apabila Suharto mengumumkan beliau meletakkan jawatan. Tidak cukup dengan itu, ada ucapan seorang mahasiswi menyatakan mahasiswa akan meneruskan desakan dengan slogan "sumpah mahasiswa" supaya BJ Habibie pula (yang menggantikan Suharto) meletakkan jawatan kerana mahasiswa mempunyai rekod corruption yang dilakukannya.



Video berikutnya pula saksikanlah bagaimana mahasiswa yang menggempur FRU dan menghalau mereka sehingga kelihatan seorang anggota FRU terjatuh kerana rempuhan jumlah mahasiswa yang terlalu ramai...



6 bulan selepas kematian 4 mahasiswa itu, tragedi berdarah telah menghadiahkan satu iklim demokrasi yang sihat dapat dikecapi oleh Indonesia pada hari ini sehingga gerakan Islam seperti PKS memperoleh manfaat besar dari kesihatan sistem demokrasi di sana.

Tragedi itu telah memakan korban empat mahasiswa iaitu Elang Mulia Lesmana, Heri Hertanto, Hafidin Royan, dan Hendriawan Sie. Mereka terbunuh ketika melarikan diri di dalam kampus, terkena peluru tajam di tempat-tempat kepala, leher, dan dada. Demontrasi menuju Parlimen Indonesia tersebut berlaku kerana mahasiswa mendesak Suharto meletakkan jawatan akibat krisis kritikal ekonomi Indonesia pada awal 1998 akibat krisis global di Asia.
Baca lagi...

MAHASISWA PERLU BELAJAR DARI HAMMONS DAN SABRINA SAGHEB

Oleh :
Muhamad Syaari Abdul Rahman

(Penulis adalah Setiausaha Agong Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, GAMIS. Penulis boleh dilayari di www.rijal82.blogspot.com)

"It is true of the nation, as of the individual, that the greatest doer must also be a great dreamer." - President Theodore Roosevelt

Itulah kata-kata idola yang terpampang di website seorang anak muda bernama John Tyler Hammons. Mimpi anak muda ini mahu menjadi Presiden Amerika Syarikat satu ketika nanti. Jika mahu kenali anak muda ini lebih rapat, taip sahaja di Google Search, nescaya akan bertemu biografinya di Wikipedia. Bukan mudah untuk melakar nama dalam Wikipedia. Perlu ada lakaran sejarah perlu dilakukan, tapi anak muda 19 tahun sudah membuktikan bahawa “the word ‘impossible’ is only in the dictionary of fools” sebagaimana dislogankan Napoleon Benoparte.

John Tyler Hammons, seorang mahasiswa berusia 19 tahun, telah memenangi kerusi Datuk Bandar Muskogee di Oklahama dalam sebuah pilihan raya yang diadakan pada 1 April 2008 baru-baru ini di salah sebuah negeri di Amerika Syarikat tersebut. Muskogee merupakan sebuah bandar kecil di timur laut negeri ini yang mempunyai penduduk seramai 38,000 orang, hampir menyamai jumlah pengundi di kebanyakan kawasan Dewan Undangan Negeri di Malaysia. John Tyler Hammons yang juga bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Muskogee High School telah menerima 70 peratus undi di pusingan akhir menewaskan bekas Datuk Bandar, Hershel Ray McBride yang berumur 70 tahun yang telah menjadi Yang Berhormat di kawasan itu sebanyak 3 kali. Hammons yang akan mengetuai sembilan anggota majlis perbandaran ‘senior’ yang lain berjanji akan membentuk sebuah kerajaan yang telus dan terbuka dan akan memastikan penduduk mendapat maklumat tentang semua aktiviti dan operasi yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran itu.

That's what politics needs. A fresh face who isn't already caught up in all the politics.” Itulah komentar ramai penganalisis politik terhadap kemenangan Hammons, sehingga ia hampir menenggelamkan kempen Hillary Clinton. Apa yang lebih menarik bagi anak muda ini, tidak ada istilah pemisahan antara dunia akademik dan dunia politik kemahasiswaan, kedua-duanya adalah suatu keseimbangan dan kemestian. Tidak terfikir oleh mahasiswa tahun pertama jurusan Sains Politik dan Pentadbiran Awam di Universiti Oklahama ini untuk menjadi ‘ulat buku’ semata-mata tanpa mempedulikan apa yang berlaku dalam masyarakat luar kampusnya. Buktinya, Hammons pernah menjadi Presiden Persatuan Anti-Dadah Berbahaya di sekolah tingginya itu. Tidak terlintas juga olehnya untuk berhenti belajar setelah mula meleburkan dirinya dalam bidang politik, bahkan baginya : "Being elected does not change my desire to continue my education. We will schedule our time in an appropriate fashion so that I can be mayor and stay in school."

Itulah idealisme dan aktivisme seorang mahasiswa di Amerika Syarikat. Mari kita lihat pula idealisme dan aktivisme seorang mahasiswi di Afghanistan. Melihat sepintas lalu wajah Sabrina Sagheb serta kefasihan berbahasa Inggeris, mungkin ramai terfikir beliau kembar Aishwarya Rai. Namun hakikatnya Sabrina adalah seorang anak mudi 25 tahun, fresh graduate yang telah memulakan zaman mudanya dengan menggemparkan Kabul sebagai calon paling muda bertanding dalam Pilihanraya Umum Afghanistan.

Pilihanraya Umum Pertama di Afghanistan ini menyaksikan hampir 583 wanita daripada 2,778 calon akan bertanding di 68 kawasan dari jumlah keseluruhan 249 kerusi ‘Wolesi Jirga’ (nama salah satu Dewan dalam Parlimen Afghanistan) yang dipertandingkan. Perlu diketahui bahawa PRU Afghanistan bukanlah seaman yang boleh kita lihat di Malaysia. Taliban telah memberikan amaran memboikot pilihanraya ini, apatah lagi calon wanita yang mahu bertanding. Terbunuhnya hampir 6 calon yang bertanding memberikan gambaran bahawa anak muda bekas pemain bola jaring kebangsaan Afghanistan ini sudah mempertaruhkan nyawanya lebih dari segalanya demi melunaskan idealismanya untuk mengangkat semula suara wanita Afghanistan yang ditindas. Times Online melaporkan manifesto Sabrina antaranya untuk menjadikan burkha (pakaian menutup seluruh badan kecuali mata) sebagai satu pilihan kepada wanita, bukan kewajipan, memerangi kahwin paksa yang banyak dieksploitasi oleh lelaki Afghanistan ke atas anak-anak perempuan mereka, memerangi undang-undang yang membenarkan remaja perempuan yang dirogol (baca : mangsa) dipenjarakan serta undang-undang membenarkan si isteri yang didera suami boleh dibebaskan dari penjara sekiranya bersetuju untuk kembali kepada suaminya (baca : pemangsa).
"I tell people here that I can give them hope and new ideas for the future of Afghanistan and in particular I target young people. If elected I will face up to the old men with guns that destroyed our country. Now it is our turn to fight with them. Softness, kindness and subtlety are our weapons."

Itulah kelantangan Sabrina mencabar ‘golongan tua’ di Kabul ketika kempennya. BBC melaporkan bahawa Sabrina berkempen tanpa sebarang pengawal keselamatan dan senjata di tangan, walaupun hampir setiap hari menerima panggilan mengugut untuk membunuhnya kerana beliau melanggar adat tradisi Afghanistan selama ini yang melarang penyertaan perempuan dalam bidang politik, apatah lagi bertanding atas tiket parti pembangkang.

Itulah adegan terkini mahasiswa-mahasiswi di Amerika Syarikat dan Afghanistan. John Tyler Hammons bukanlah seorang anak muda yang beriman wujudnya Tuhan Yang Satu seperti keimanan kita, manakala Sabrina Sagheb tidaklah memiliki fikrah Islam yang syumul seperti yang kita imani, tetapi kenapa mereka tampak lebih tertonjol elemen keberanian, kepemudaan dan semangat darah muda lebih dari kita mahasiswa Malaysia. Mahasiswa Islam khususnya mahasiswi yang kini menjadi golongan teramai hampir 70 % di kampus (rujuk kajian terkini Naib Canselor UPSI, Prof Dr Aminah Ayob bahawa mengenai bidang teknikal sudah didominasi oleh mahasiswi) seharusnya juga mencontohi juga Asmaa Abdol-Hamid, wanita muslimah 25 tahun, graduan Copenhagen College of Social Work yang bertanding untuk parlimen Denmark - negara yang pernah mencetuskan kontroversi karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW - atas tiket Red-Green Alliances, sebuah parti berhaluan kiri di Denmark. Asmaa telah mencetuskan polemik baru dalam arena politik Denmark khasnya dan dunia amnya apabila beliau menegaskan akan terus memakai tudung sekiranya terpilih ke parlimen. Asma semasa bergelar mahasiswa sudah pun terlibat dengan sebuah NGO di luar kampusnya iaitu Social Democratic Youth of Denmark, memperjuangkan anti-diskriminasi.

Entah bilakah sistem tarbiah di kampus pada hari ini boleh melahirkan individu-individu seperti mereka, punyai minda negarawan dan tidak retorik dengan slogan mahasiswa jurubicara ummah. Ingatlah, mahasiswa dan orang muda adalah perintis perubahan zaman dan peradaban. Perhatikan di semua gerakan sosial yang mengubah sejarah. Kita akan bertemu dengan generasi anak muda. Anak muda di mana-mana pun mahukan perubahan yang tidak mampu difikirkan golongan yang sudah berusia. Hishamudin Rais dalam “Mahasiswa Dahulu dan Sekarang” menyebut bahawa hanya orang muda yang berani mengubah sejarah. Setiap hari, setiap dekad, setiap kurun rakyat menunggu apakah yang akan dilakukan oleh anak muda. Terpulanglah kepada anak-anak muda. Dalam hidup ada dua pilihan. Hidup cuma untuk bernafas, atau hidup untuk bersama mengukir sejarah.
Zaman muda hanya sekali, alam kampus dan kemahasiswaan tidak akan datang untuk kali kedua. Hassan al-Banna telah menyebutkan uniknya entiti “rijal” (pemuda) ini berbanding golongan ‘tua’. Pertama, pemuda memiliki keikhlasan dan kemurnian orientasi perjuangan tanpa terikat dengan mana-mana kepentingan. Kedua, pemuda memiliki semangat member yang hampir seluruh perubahan di dunia, dilakukan oleh pemuda. Ketiga, pemuda memiliki tenaga fizikal yang kuat sehingga betapa banyak tugas-tugas besar yang tidak dapat dipikul oleh orang-orang tua atau anak-anak kecil mampu dilakukan oleh pemuda. Keempat pemuda memiliki kekuatan intelektual, punyai rasa ingin tahu yang tinggi, rasional dan fast learner. Banyak idea-idea dan penemuan-penemuan besar lahir dari para pemuda walaupun terkadang jelas kesan kesilapan idea yang dicanangkan. Pembaharuan dan penerokaan dalam sejarah tamadun manusia ini penuh dengan pelbagai macam salah dan silap. Dengan melakukan sesuatu, walaupun salah barulah timbul pengalaman. Hanya mereka yang muda dan berani sahaja yang tidak takut untuk ‘mencipta’ kesalahan sebagai pengalaman paling bermakna apabila pemuda (syabab) menjadi orang tua (syuyukh). Anak muda yang terlalu bermain dengan perihal baik buruk natijah perbuatan yakni takut melakukan kesilapan adalah anak muda yang telah ‘dituakan’ lebih awal.

Baca lagi...

Mahasiswa Dekati Politik : GAMIS Sokong Pendirian NC UniMAP

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyokong pendirian Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin yang telah menyatakan hasrat untuk tidak menghalang penuntutnya mendekati dunia politik, sebaliknya memanfaatkan politik secara positif supaya mahasiswa tidak hanyut dalam gelombang politik. Saranan terbuka NC UniMAP supaya mahasiswa membangunkan blog sendiri sebagai saluran untuk menyatakan pandangan secara positif dan membina wajarlah dicontohi oleh Naib-naib Canselor IPTA yang lain di Malaysia khususnya dalam proses merawat semula kelembapan minda intelektual kalangan mahasiswa yang akan mencorak masa depan Malaysia. Gamis juga menyokong pendefinisian beliau terhadap maksud mahasiswa ‘berpolitik’ sebagai “meningkatkan sahsiah diri, berani bercakap dan berkomunikasi dengan baik, terdedah kepada kemahiran berpidato dan berdebat dengan pelbagai idea bernas, berfikiran terbuka, berani berhadapan dengan masyarakat.”

Gamis menyeru seluruh mahasiswa supaya membetulkan salahfaham mereka terhadap politik. Persepsi bahawa “politik itu kotor” telah menyebabkan ramai mahasiswa mula beralih dari dunia politik kepada dunia hiburan yang lebih melalaikan. Seorang pensyarah UKM pernah membuat kaji selidik (2006) terhadap hampir 900 orang mahasiswa dari 7 buah IPT dan mendapati hanya 15 % sahaja mahasiswa menjadikan ahli politik sebagai idola mereka, manakala lebih dari 70 % mahasiswa menjadi artis sebagai idola mereka. Justeru, tidak pelik sekiranya kebanyakan mahasiswa pada hari ini sudah mula hilang deria kecaknaan dan daya kepedulian mereka kepada isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka. Kalaupun ada yang meminati perkembangan politik, kebanyakannya hanya menjadi penonton dan pengikut (reactor) kepada arus politik yang telah dibentuk, bukannya pencorak (initiator).

Mahasiswa digesa membelek semula sejarah Nabi Muhammad S.A.W selaku pemimpin agung nombor satu dunia sebagaimana diiktiraf oleh Michael H. Hart dalam bukunya “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History”. Baginda bukan sekadar seorang ahli politik yang pintar sebagaimana terserlah dalam perjanjian Hudaibiyyah, tetapi juga pendakwah yang berminda negarawan sebagaimana terserlah dalam pemeteraian sahifah Madinah. Baginda telah berdakwah melalui pelbagai pendekatan diplomasi dan konfrontasi (peperangan), namun kesemua ada justifikasi wahyu dari Ilahi dan bukannya berpolitik ala-Machiavelli (matlamat menghalalkan cara).

Gamis juga menyeru golongan pendidik dan pensyarah di univesiti supaya belajar dari Rektor Universiti Paramadina di Jakarta, Anes Baswedan yang telah dinobatkan oleh majalah Foreign Policy 2008 sebagai salah seorang dari 100 Intelektual Agung Dunia kerana jasanya yang besar dalam membantu gerakan mahasiswa di Indonesia menjatuhkan Presiden Indonesia, Soeharto.

SHAARI ABDUL RAHMAN,
Setiausaha Agong,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Baca lagi...

An Open Letter for New Straits Times(NST) – Saiful was not even registered as a member of the university’s Islamic Club

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/2282974/Article
http://arkofmylife.blogspot.com/

An Open Letter for New Straits Times(NST) – Saiful was not even registered as a member of the university’s Islamic Club

I am writing in response to Regina Lee’s article (on NST) titled “Anwar accuser a 'genuine guy’“dated 2nd July 2008 . The article quote a guy (Daniel) saying that Saiful Bukhari (the accuser in Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy case) had been active in the university’s Islamic club. On behalf of The University Tenaga Nasional (UNITEN) Islamic Studies Society (PPI), I would like to deny the statement made by Daniel. The statement is clearly a false statement and I belief it has created a confusion among those who read it.

Saiful had never been a member of the university’s Islamic Club which is PPI and had never been actively involved in the club’s activity. I have looked through the database of the club’s members and Saiful’s name is not there. I have also asked some of the former PPI’s leader to check whether Saiful had registered before. The answer turned out to be ‘no”. Saiful had never registered as a member nor had been actively involved in the club.

This has created confusion among some people especially those who read it and those who had been in PPI. We do not want them to get false information regarding what is happening in the country. Furthermore it also affects the good name of the club by involving the club in the sodomy case.

I am not saying Saiful is not a ‘genuine guy’ or Daniel was telling lie. Perhaps there is some misunderstanding involved. However, what more important is NST’s credibility is at stake here. People will start to question the ability of such a big mass media company like NST to deliver the right and true information. Soon people will doubt the news published on NST and stop buying NST newspapers. I see this as a threat for NST and we do not want that to happen.

Thus, I urged the editor of NST to make a statement correcting what has been told on the article for the benefits of both of us. Thank You for your cooperation.

Dzar-Abdullah Bin Amir
President,
UNITEN Islamic Studies Society (PPI)
Baca lagi...

Rahsia Kehidupan Mahasiswa Di Malaysia Siri 2

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya melanjutkan pengajian di IPTA sesi 08/09, semoga adik-adik bejaya dalam hidup...amin.

Setiap tahun kemasukan mahasiswa bertambah ramai, jumlahnya bertambah dari tahun ke tahun bermakna kadar rakyat yang terpelajar bertambah dan ini adalah satu petanda yang baik bagi negara kita.

Tetapi bagi penulis yang penting adalah kualiti kepada mahasiswa kita bukan kuantitinya, sepanjang pemerhatian penulis, kebanyakan mahasiswa kita tidak mampu berfikir denagn matang, sebagai contoh walaupun kursus yang diambil mengkhususkan kepada sesuatu bidang tapi dia masih tidak benar2 kuasai bidang itu, tambahan pula mahasiswa kini sentiasa dibelenggu pemikiran nya supaya tidak berani terlibat denagn sebarang aktiviti yang melibatkan isu tergempar negara, bagi penulis ianya akan menjumudkan tahap pemikiran mahasiswa sedangkan mahasiswa perlu tahu dan bagi pandangan terhadap isu itu dan melakukan bagi membela rakyat yang tidak berpelajaran atau yang ditindas kerana mahasiswa tidak ada kepentingan tertentu untuk diperjuangkan, tidak seperti ahli politik dan sebagainya.

Jadi tindakan Kementerian untuk menkaji semula AUKU itu sangat-sangat penulis dokongi supaya malaysia kelak mampu megeluarkan mahasiswa yang benar-benat berkualiti dari segi ilmu, tokoh, dan sebagainya,. MAHASISWA PEMIMPIN MASA DEPAN NEGARA!!!

Semoga Mahasiswa kita kelak akan bertambah bertaring dan beribawa sehingga mampu membawa identiti seorang mahasiswa yang benar-benar beribawa.dan penulis juga menharap tidak ada lagi suara sumbang mahasiswa yang menagtakan belum tiba masanya lagi kita mencampuri hal negar, belajar jelah dulu, pas habis nanti barulah ambil tahu, akhirnya jadilah seorang graduan yang hany balik kerja membasuh kereta, bermain dengan anak , dan tido begitu mudah kehidupannya tanpa memerlukan memikir hal masalah umat atau negara…

*Ini adalah sekadar pandanag penulis sahaja, sebarang komen dan kritikan amat-amatlah dihargai dan dialukan.
Baca lagi...

TIADA KEADILAN DI MALAYSIA

Saban hari kita diperdengarkan dengan fitnah-fitnah terhadap Pakatan Rakyat oleh media milik BN yang tidak pernah kenal erti kebenaran. Media Milik BN adalah satu title yang sangat sesuai untuk mengambarkan ketidakadilan media massa pada masa kini. Terbaru Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersetuju untuk RTM menyiarkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Umum Parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini lah langkah pengecut yang tidak mahu rakyat mengetahui perkara sebenar mengenai isu Minyak yang kian mencabar kewibawaan Barisan Nasional.

Kini ditambah lagi dengan isu Anwar Ibrahim dituduh meliwat pembantu kanannya Saiful Bukhari Azlan yang dipercayai menjadi musuh dalam selimut Parti KeAdilan Rakyat . Melihat gambar-gambar yang disiarkan di beberapa buah blog jelas adanya konspirasi kerajaan dalam isu ini. http://buletinonline.net/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

Isu liwat adalah isu lapuk yang masih lagi diputar-putar oleh pihak tertentu yang busuk hati dengan kejayaan demi kejayaan Pakatan Rakyat dalam arena politik Malaysia pada era ini. Adakah kerajaan telah takut dengan tarikh 16 September yang dilaung-laungkan oleh DSAI dan justeru mengambil langkah yang tidak masuk akal dengan mewujudkan isu lapuk. DSAI yang mengemukakan bukti-bukti untuk menafikan kesalahannya pada tahun 1998 yang melibatkan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Ghani Patail seakan-akan diserang balik untuk menjaga nama baik sesetengah pihak. Di manakah erti sebuah keAdilan di Malaysia? Adakah dengan melaporkan hal ini kepada polis dapat menjamin keselamatan DSAI dan keluarga? Adakah polis dan badan kehakiman masih lagi boleh dipercayai?

Namun Parti KeAdilan Rakyat (PKR) harus mengambil pengajaran disebalik perkara yang berlaku. Mengulas kenyataan Dr Wan Azizah yang mengatakan bahawa si Saiful ini adalah seorang sukarelawan yang menawarkan diri sewaktu pilihanraya umum yang lepas laly mengambilnya sebagai orang kuat parti merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Pengambilan ahli perlu diambil perhatian dengan meneliti latar belakang setiap ahli kerana kebijakan strategi pihak lawan juga tidak dapat dinafikan.
Baca lagi...

AKP: Parti pemerintah pertama Turki yang bakal diharamkan?

Oleh:
Mohd Faisal Bin Mustaffa
Ketua Penerangan GAMIS

Selepas jatuhnya kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah, dasar yang mula menyusup masuk ke dalam sistem pentadbiraan kenegaraan Turki adalah berasaskan sistem sekular. Sudah tersohor diseluruh pelusuk dunia, negara yang pernah memimpin seluruh bumi umat Islam itu sudah dinajisi dengan kekotoran sekular.

Apabila Mahkamah Perlembagaan Turki mahu mendengar keterangan pada minggu samaada mengharamkan atau tidak parti pemerintah yang ada pada hari ini, iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), hati saya tertanya-tanya adakah sejarah yang terukir sejak tahun 1924 akan berulang kembali.

Sejak ditubuhkan sejak tahun 1963, Mahkamah perlembagaan yang dianggotai oleh 11 orang hakim ini telah mengharamkan 24 buah parti di negara tersebut. Antara yang mengalami nasib malang ini adalah Parti Refah yang dikemudi oleh Necmettin Erbakan. Beliau merupakan Perdana Menteri berhaluan Islam pertama yang sah dilantik oleh rakyat pada tahun 1996. Namun begitu, jangka hayat beliau tidak lama kerana terpaksa meletakkan jawatan setahun selepas itu akibat tekanan yang begitu kuat daripada pihak tentera.

Akhirnya, nama Parti Refah terpaksa dimuziumkan pada tahun 1998. Pada awal tahun tersebut, di dalam bulan januari Mahkamah Perlembagaan telah mengharamkan Parti Refah kerana dikatakan cuba mencabuli prinsip sekular yang di amalkan oleh kerajaan Turki selama ini. Peristiwa ini menyaksikan 5 orang ahli politik ternasuk Necmittin digantung daripada arena politik Turki.

Selepas itu ahli parti Refah merancang strategi baru dengan menubuhkan Parti Kebaikan. Namun begitu hayatnya hanya dapat bertahan sehingga Jun 2001 di sebabkan Mahkamah Perlembagaan turut mengharamkan parti yang baru ditubuhkan ini kerana dasar perjuangannya menyerupai dasar Parti Refah sebelum ini.

Belajar daripada pengalaman lalu Necmittin kemudiannya merangka pelan strategik yang baru. Akhirnya lahir AKP, sebuah parti serpihan daripada parti yang diharamkan sebelum ini. Dasar radikal melawan sekular sebelum ini digantikan dengan dasar mempertahankan dasar sekular selain berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keanggotaan sebagai negara di dalam Kesatuan Eropah (EU).

Pembawaan AKP yang lebih moderat ini menyebabkan rakyat Turki tertawan hati sehingga membawa kepada menangnya parti AKP dalam mempertaruhkan calon vagi jawatan Presiden Turki. Kejayaan yang gilang gemilang ini menyebabkan puak-puak yang menyokong kerajaan sekular berasa terancam. Namun begitu apa mereka gagal untuk menjatuhkan kerajaan AKP ini kerana strategi menggunakan undang-undang hak asasi manusia menyebabkan golongan sekular ini sukar untuk menjatuhkan kerajaan AKP.

Tetapi selepas kerajaan AKP membenarkan para pelajar memakai tudung di Universiti, akhirnya golongan sekular ini sudah mula panas punggung. Hasil desakan yang kuat, akhirnya kebenaran tersebut terpaksa ditarik balik.

Ketua Pendakwa Raya menuduh AKP cuba mengubah sistem sekular dengan rejim Islam. Buat pertama kali di dalam sejarah negara Turki, sekiranya Mahkamah Perlembagaan memenuhi tuntutan Pendakwa Raya maka sebuah parti yang bergelar kerajaan akan diharamkan. Sama-sama kita saksikan.
Baca lagi...

Artikel Kampus Negara:

Forums (Kampus Negara)

Arkib Blog